saya nak baca ..

MAHKAMAH


ARKIB : 04/12/2007

Sirul dahi sulah, Azilah muka bujur – Saksi


GAMBAR CCTV Hotel Malaya menunjukkan dua lelaki dipercayai Sirul Azhar Omar (kiri) dan Azilah Hadri (kanan) ditayangkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 16 Julai lalu.


SHAH ALAM 3 Dis. – Wajah tertuduh kedua, Koperal Sirul Azhar Umar yang sehingga kini masih ‘dibungkus rapi’ dan gagal dirakam lensa kamera media sejak didakwa atas tuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu sebenarnya berdahi sulah dan luas dengan muka hampir empat segi.

Sementara tertuduh pertama, Cif Inspektor Azilah Hadri, pula mempunyai muka berbentuk bujur dan mempunyai susuk tubuh yang kecil.

Ciri-ciri tersebut digambarkan oleh saksi pendakwa ke-58, Supritendan Amidon Anan, 56, ketika menyambung keterangan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Berpandukan ID48 (gambar pegun atau kaku, Sirul Azhar dan Azilah) menurut Amidon, beliau telah diarahkan supaya membuat pemerhatian dan penelitian serta perbandingan ke atas imej bergerak yang berjaya dirakamkan melalui kamera litar tertutup (CCTV) Hotel Malaya, Jalan Hang Lekir, Kuala Lumpur.

“Jelas sekali lelaki di sebelah kanan memakai baju warna kuning (Sirul Azhar) sementara imej lelaki di sebelah kiri pula berbaju putih (Azilah),” kata beliau selaku Ketua Unit Siasatan, Tempat Kejadian Jenayah (CSI), Makmal Forensik Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Justeru, Amidon menegaskan bahawa beliau membuat keputusan pergerakan imej dalam CCTV ialah seperti gambar pegun yang dirakamkan dalam P340A dan B iaitu Sirul Azhar dan Azilah.

Proses penelitian dan pemerhatian imej-imej yang memakan masa lima jam, dilakukan pada 29 Mei lalu, dengan memberi tumpuan kepada pergerakan dua lelaki Melayu di Hotel Malaya pada 18 Oktober 2006.

Menerangkan proses tersebut secara terperinci, menurut Amidon, beliau telah mengarahkan seorang jurugambar merakamkan lapan keping gambar pegun hasil pemerhatian ke atas kerangka imej CCTV dengan bantuan saksi pendakwa ke-17 iaitu Pengurus Operasi Hotel Malaya, Jimmy Loo Mow Chan.

“Gambar A (ID48A) menunjukkan lelaki berdahi sulah dan berbaju kuning sedang mundar-mandir di ruang legar. Manakala imej lelaki di sebelah kirinya sedang membaca sesuatu di lobi Hotel Malaya,” ujar Amidon.

Imej lain yang dirakam CCTV ialah pergerakan kedua-dua tertuduh sedang berjalan masuk dan keluar lif serta berlegar di tingkat lapan dan bergerak meninggalkan kawasan lif hotel.

Ditanya sama ada beliau pernah menjalani kursus spesifik mengenai teknik untuk mengenal pasti imej daripada CCTV, Amidon yang terlibat dalam perbicaraan kes bunuh, Canny Ong, memberitahu hanya mengikuti seminar dalam pengimejan.

Rentetan daripada itu, peguam Kamarul Hisham Kamaruddin ketika soal balas meminta saksi berkenaan meneliti gambar ID48C yang menunjukkan imej dua lelaki sedang berjalan keluar.

Kamarul Hisham: “Sila perhatikan imej dua lelaki itu betul-betul Encik Amidon. Bukankah imejnya kelihatan blur (kabur). Saya tidak boleh lihat wajah kedua-dua lelaki itu dalam ID48C."

Amidon: "Saya tidak setuju."

Sambil merenung dan mengangkat kening ke arah saksi, Kamarul Hisham bertanya: "Adakah kamu cuba mengatakan bahawa ciri-ciri lelaki berdahi sulah dan luas serta berdada bidang boleh dilihat dengan jelas menerusi ID48C?"

Amidon: "Saya masih mengatakan bahawa ketiga-tiga ciri yang telah saya sebutkan tadi ada pada lelaki dalam gambar itu."

Begitu juga kata Amidon, bahagian dahi lelaki berbaju kuning, memang jelas kelihatan sulah dan boleh dilihat menerusi gambar ID48D.

Soalan juga diajukan sama ada Amidon mempunyai kepakaran dalam bidang Sains dan Forensik Antropologi, Amidon mengakui: "Berdasarkan Sains dan Forensik Antropologi, perbandingan yang dibuat antara ID48 (gambar pegun) dengan lapan keping gambar raut wajah (kerangka wajah) P 340 A dan B (Azilah dan Sirul Azhar) boleh jadi tidak begitu konklusif dan tidak tepat."

Perbicaraan yang masuk hari ke-64 hari ini didengar di hadapan Hakim Datuk Mohd. Zaki Md. Yasin.

Dalam kes itu, Azilah, 31, dan Sirul Azhar, 35, dituduh membunuh Altantuya.

Pembunuhan itu didakwa dilakukan oleh mereka di antara Lot 12843 dan Lot 16735 Mukim Bukit Raja, dekat sini antara pukul 10 malam 19 Oktober dan 1 pagi 20 Oktober tahun lalu.

Perbicaraan bersambung esok.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:10
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.