saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 06/12/2007

Persembahan barongan tidak wajar dihentikan

BATU PAHAT 5 Dis. – Para penggiat tarian barongan di daerah ini berharap agar persembahan tarian barongan tidak wajar dihentikan untuk semua promosi pelancongan kerana ia merupakan tarian warisan yang perlu diketengahkan.

Ketua Barongan Sinar Warisan, Sungai Nibong, Naim Marjani, 66, berkata, selama ini tidak pernah timbul dakwaan menidakkan bahawa tarian barongan berasal dari Indonesia kerana ia sememangnya diwarisi daripada datuk nenek moyang yang berasal dari Tanah Jawa.

Tambahnya lagi, kontroversi yang ditimbulkan oleh aktivis budaya dari republik itu sepatutnya tidak terjadi.

‘‘Sememangnya tarian barongan ini dan legenda mengenainya adalah berasal dari Indonesia kerana nenek moyang kita berasal dari sana dan tarian tradisi ini masih terus diwarisi dari dahulu sehingga kini,” jelasnya kepada Utusan Malaysia.

Beliau berkata, sepatutnya para aktivis budaya itu berasa bangga kerana kebudayaan warisan itu masih terus mendapat tempat di hati para peminat seni di Malaysia.

Beliau yang memimpin kumpulan Barongan Sinar Warisan sejak tiga tahun lalu berkata, minggu lalu dia didatangi oleh serombongan krew daripada stesen Televisyen Republik Indonesia (TVRI) yang membuat rakaman tentang tarian barongan di Johor.

Menurutnya, kedatangan krew tersebut adalah untuk melihat sendiri persembahan barongan yang di persembahkan di sini dan tidak pula timbul mengenai asal usul tarian kesenian tersebut.

‘‘Malah mereka melahirkan rasa kagum dan bangga kerana tarian barongan itu wujud di sini dan mendapat tempat di hati semua peminat seni tradisi tanah air,” jelasnya.

Menurut Naim, kumpulannya telah membuat lebih 50 persembahan tarian barongan di dalam dan luar Johor dengan bayaran antara RM500 hingga RM1,800 untuk setiap persembahan.

Seorang lagi penggiat seni tarian barongan, Jupri Wagimon, 70, juga melahirkan rasa sedih sekiranya tarian barongan ini dihentikan sementara kerana ia adalah merupakan pendapatan sampingan para penggiat barongan.

Beliau mendakwa mewarisi tarian kesenian barongan ini daripada ayahnya, Wagimon Sukiban yang berasal dari Tanah Jawa yang berhijrah ke Tanah Melayu dan telah bertapak di daerah ini sejak 80 tahun lalu.

Tambahnya, persembahan barongan yang mereka buat adalah dalam masa 15 hingga 20 minit sahaja dan masih mengekalkan lagu jawa kuno seperti dahulu.

Beliau yang memimpin kumpulan barongan Nirmala Reyok, Sungai Nibong Darat Semerah dekat sini melahirkan rasa kesal apabila para aktivis budaya Indonesia menimbulkan kontroversi mengenainya.

‘‘Ia sepatutnya tidak berlaku malah mereka patut berasa bangga kerana masih ada lagi tarian warisan yang terus dipertahankan meskipun ia dipersembahkan di Malaysia,” jelasnya.

Tambahnya, kebanyakan penggiat tarian barongan di Johor ini adalah warga emas dan mereka mewarisinya daripada nenek moyang terdahulu dan terus dipertahankan agar warisan seni kebudayaan ini tidak hilang begitu sahaja.

Selama ini katanya, tidak pernah timbul kontroversi mengenai dari mana datangnya tarian barongan ini dan ia sepatutnya terus dipertahankan bukan dijadikan isu yang boleh menjejaskan perpaduan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.