saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 09/12/2007

Naib Presiden Pas ditahan bantu siasatan perhimpunan Bersih

IPOH 9 Dis — Sepasukan polis dari Ipoh hari ini menahan Naib Presiden Pas, Mohamad Sabu ketika dalam perjalanan pulang daripada menghadiri majlis perkahwinan anak perempuannya di Tambun di sini petang tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perak, SAC II Ismail Yatim yang mengesahkan penahanan itu berkata, ia adalah untuk membantu siasatan berhubung perhimpunan anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 10 November lepas.

Beliau berkata, polis tidak terus menahan Mohamad, sebaliknya memberi peluang kepada beliau untuk menghantar keluarganya pulang ke rumah di Kepala Batas, Pulau Pinang terlebih dahulu.

“Tiga peguam beliau yang hadir juga memberi jaminan Mohamad Sabu akan menyerah diri di rumahnya sebaik sahaja menghantar keluarganya pulang.

Sebab itu polis cuma mengiringi kenderaan beliau sehingga tiba di rumah,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Difahamkan dalam kejadian pukul 5 petang itu, kenderaan Naza Ria yang dinaiki keluarganya disekat oleh tiga kenderaan polis di sebatang jalan berhampiran simpang masuk ke sebuah pasar raya terkemuka di sini.

Semasa kejadian, beberapa anggota keluarga beliau yang menyertai rombongan perkahwinan itu turut berada di tempat kejadian.

Bagaimanapun, kenderaan yang dinaiki beliau dan keluarganya kemudian diiringi beberapa kereta polis meninggalkan tempat itu menuju ke destinasi yang tidak diketahui.- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.