saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 11/12/2007

Perdana Menteri bentang pindaan Perlembagaan Persekutuan

KUALA LUMPUR 10 Dis. Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan membentangkan pindaan Perlembagaan Persekutuan untuk bacaan kali kedua bagi meminda umur persaraan anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada 65 tahun kepada 66 tahun di Dewan Rakyat esok.

Pindaan kepada Perkara 114 Perlembagaan Persekutuan itu akan membolehkan anggota SPR yang sedang berkhidmat diberi opsyen untuk bersara pada umur 65 tahun atau pada umur persaraan yang baru iaitu 66 tahun.

Pindaan undang-undang itu dibentangkan untuk bacaan kali pertama oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Parlimen pada 20 November lepas.

Rang Undang-Undang itu memerlukan sokongan dua pertiga ahli Dewan Rakyat sebelum boleh diluluskan.

Ia kemudian dibentangkan di Dewan Negara dan seterusnya memerlukan perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum diwartakan.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.