saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 12/12/2007

Saya tidak bersalah – Fujimori -- * Nafi arah bunuh suspek gerila * Dakwa selamatkan Peru dari komunis

LIMA 11 Dis. – Bekas Presiden Peru, Alberto Fujimori dalam perbicaraannya semalam dengan lantang menafikan beliau mengarahkan skuad pembunuh tentera membunuh suspek gerila berhaluan kiri semasa perang saudara negara ini.

Fujimori sebaliknya mendakwa beliau telah menyelamatkan Peru daripada ancaman komunis.

“Saya menafikan tuduhan itu sama sekali kerana saya tidak bersalah,” teriak Fujimori dengan marah sambil menuding jari ke arah panel tiga hakim Mahkamah Agung.

Fujimori, 69, dituduh mengarahkan skuad pembunuh untuk membunuh 10 orang yang diculik dari Universiti La Cantuta pada 1992 kerana disyaki bersubahat dengan gerila berhaluan kiri.

Beliau juga dibicarakan kerana dua kes penculikan dan pembunuhan di kawasan kediaman Barrios Altos pada 1991 apabila 15 orang ditembak mati termasuk seorang budak lelaki berusia lapan tahun.

Fujimori yang biasanya tenang kelihatan gelisah sejak perbicaraan bermula semalam dan naik berang apabila dibenarkan menjawab tuduhan.

“Hak asasi manusia 25 juta rakyat Peru dihormati kerana tindakan kerajaan saya.

“Jika ada kekecualian, saya mengutuknya tetapi saya tidak pernah mengarahkannya,” jerit Fujimori.

Hakim mengarahkan beliau bertenang dan prosiding petang semalam dibatalkan apabila doktor mahkamah mengesahkan Fujimori mengalami tanda-tanda “tekanan darah tinggi kronik.”

Fujimori boleh dikenakan hukuman penjara 30 tahun dan denda AS$33 juta (RM112 juta) jika didapati bersalah.

Dalam kes berasingan, bekas Presiden itu menantikan hukuman hari ini kerana mengarahkan polis melakukan penggeledahan tanpa waran pada hari-hari terakhir penggal perkhidmatannya.

Sebuah mahkamah di pinggir Lima dijadual menjatuhkan hukuman sehingga tujuh tahun penjara ke atas Fujimori kerana mengarahkan polis menggeledah pangsapuri milik isteri kepada ketua perisikannya, Vladimiro Montesinos pada 2000.

– Reuters

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.