saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 16/12/2007

Anugerah Skrin Ke-9 -- Cinta ulangi kejayaan

Berkisar tentang cinta lima pasangan di sebuah kota dengan pelbagai rencah kehidupan, filem Cinta mengulangi kejayaannya pada Festival Filem Malaysia ke 20 (FFM-20) lepas apabila dijulang sebagai Filem Terbaik Anugerah Skrin Ke-9 (ASK9) malam Jumaat lalu.

Cinta arahan Khabir Bhatiar terbitan Grand Brilliance Sdn. Bhd. (GBSB) menepati ramalan antara filem yang layak menjulang trofi kemenangan itu atas faktor kekuatan jalan cerita dan pembikinannya.

Filem tersebut yang memaparkan percintaan di antara suami isteri, kasih sayang antara adik beradik dan juga terhadap warga emas turut mengenepikan lima pencabar terakhirnya iaitu Red Kebaya, Waris Jari Hantu, Mukhsin dan Syaitan.

Ia turut mengulangi kejayaan serupa dalam FFM-20 lalu menerusi katogeri Lakon Layar Terbaik apabila Mira Mustaffa sekali lagi diumum sebagai pemenang. Malah Datuk Rahim Razali pemegang watak Cikgu Elyas, seorang guru nyanyuk diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik ASK-9. Dalam FFM-20 lalu Rahim memenangi Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik menerusi filem ini.

Kemenangan pelakon veteran itu kali ini sekali gus mengenepikan ramalan banyak pihak bahawa Rusdi Ramli (Waris Jari Hantu) akan mengulangi kejayaannya dalam FFM-20 lalu.

Tiga anugerah yang digondol oleh filem Cinta adalah cukup baik biarpun menerusi FFM-20, ia berjaya membolot empat anugerah iaitu Filem Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik dan Penyunting Terbaik.

Malah ramalan mengatakan pengarah Yasmin Ahmad menerusi filem Mukhsin dan Shuhaimi Baba (Waris Jari Hantu) bersaing untuk merebut Pengarah Terbaik tersasar apabila Badaruddin Haji Azmi menerusi filem Syaitan dipilih sebagai Pengarah Terbaik.

Selain Shuhaimi, Badaruddin turut bersaing dengan lima calon akhir katogeri itu melibatkan Ahmad Idham (Jangan Pandang Belakang), Zarina Abdullah (Chermin) dan Osman Ali (Puaka Tebing Biru). Walaupun sebelum ini ramalan kuat menyebelahi Yasmin berdasarkan kepada kehebatan filem Muhsin yang memenangi pelbagai anugerah peringkat antarabangsa namun hakikatnya pengarah yang “tidak dijangka” merampas anugerah itu.

Begitu juga Shuhaimi apabila dalam FFM-20 lalu filem beliau itu merangkul lima anugerah iaitu Pengarah Terbaik, Pelakon Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Wanita Terbaik dan Skor Muzik Terbaik.

Bagaimanapun agak mengejutkan apabila Osman Ali terpilih antara lima calon akhir katogeri tersebut sedangkan Puaka Tebing Biru mendapat kritikan hebat.

Meraih

Kehebatan Vanidah Imran dalam Red Kebaya yang membolehkan beliau meraih Pelakon Wanita Terbaik FFM-20 turut membuahkan hasil apabila mengekalkan kedudukannya untuk katogeri itu dalam ASK-9 kali ini.

Vanidah mengenepikan lima calon terakhir iaitu Ruminah Sidek (Jangan Pandang Belakang), Azean Irdawaty (Waris Jari Hantu), Nasha Aziz (Puaka Tebing Biru) dan Natasha Hudson (Chermin).

Bagi katogeri drama, seperti yang dijangka Sebuah Ijtihad terbitan JS Pictures Sdn. Bhd. yang disiarkan di TV3 memenangi empat anugerah termasuk Drama Terbaik mengalahkan Ilham Suci, Sirah, Tanah Kubur dan Takbir Suci.

Selain Drama Terbaik, Sebuah Ijtihad turut memenangi Pelakon Wanita Terbaik (Sofea Jane), Pengarah Terbaik (Azman Yahya atau Jinggo) dan Lakon TV Terbaik (Nazli Jaafar).

Sebuah Ijtihad lakonan Sofea Jane, Sheila Rusly, Faizal Hussein dan Mas Idayu mengisahkan kehidupan tiga banduan wanita yang melalui pengalaman berbeza di dalam penjara.

Manakala bagi katogeri Pelakon Lelaki Terbaik, Shafie Naswip yang melonjak menerusi lakonannya dalam filem Muhsin membawa pulang kemenangan tersebut menerusi drama Ilham Suci.

Sementara Norkhiriah menerusi drama Nek Kiah dan M.Rajoli (Tanah Kubur) masing-masing menggondol hadiah Pelakon Pembantu Wanita dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Drama Komedi Terbaik pula dimenangi oleh drama Bong manakala Drama Rantaian Terbaik disandang oleh Susuk. Satu lagi anugerah yang dipertandingkan iaitu Anugerah Shine Pantene kategori Pelakon Wanita Harapan dimenangi oleh Faouziah Gaos mengalahkan Dynaz, Talya, Chelsea dan Baizura Kahar.

ASK-9 yang membawakan konsep Hollywood glamor kali ini menyaksikan sebanyak 21 katogeri anugerah dipertandingkan. Ia melibatkan sembilan anugerah masing-masing bagi drama, komedi dan bersiri, lima katogeri bagi filem dan enam untuk penerbitan televisyen termasuk Rangkaian Televisyen Media Prima, RTM dan Astro.

Sebanyak 15 buah filem yang ditayangkan sepanjang tahun 2006 sehingga Jun 2007 terpilih menyertainya. ASK-9 disiarkan secara langsung melalui TV3 dari Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur yang dihadiri kira-kira 3,000 penggiat industri hiburan.

Komen Pemenang

Ahmad Fuad Onah: (Filem Terbaik - Cinta)

“Ia merupakan berita yang gembira untuk keseluruhan tenaga filem ini. Kemenangan ini berdasarkan skrip dan kerjasama pasukan yang baik. Lima kisah cinta yang digabung dalam satu cerita dan dapat disampaikan kepada umum dengan mudah merupakan kekuatan utama filem ini.”

Datuk Rahim Razali: Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Cinta)

“Anugerah ini memulihkan dan menaikkan semangat saya untuk berjuang dalam bidang lakonan hingga akhir hayat saya. Saya menerimanya dengan jujur, ikhlas dan rasa kesyukuran yang teramat sangat. Walaupun saya banyak menerima anugerah sebelum ini tetapi saya tidak pernah berasa puas hati dengan anugerah yang diterima.”

Vanida Imran: (Pelakon wanita Terbaik Filem – Red Kebaya)

“Saya tidak menyangka memenangi kategori ini kerana lazimnya, mereka yang menang anugerah Festival Filem Malaysia (FFM) tidak semestinya memenangi Anugerah Skrin. Tahun ini memang cukup bertuah dan saya percaya kemenangan sesuatu anugerah bukan bergantung kepada jumlah pungutan tiket tetapi kepada bakat seseorang.”

Badaruddin Azmi: (Pengarah Filem Terbaik – Syaitan)

“Bagi saya, Syaitan merupakan sebuah filem yang sukar untuk diterima umum. Sebenarnya saya sendiri tidak mengharap apa-apa daripada pencalonan ini. Apabila dicalonkan bagi kategori lima pengarah terbaik, saya datang sekadar untuk memenuhi undangan. Namun, kemenangan ini mendorong saya untuk meningkatkan kreativiti saya pada masa akan datang. Saya berbangga kerana hasil kerja saya untuk filem ini mendapat pengiktirafan.”

Shafie Naswip: (Pelakon Lelaki Drama Terbaik – Ilham Suci)

“Saya terkejut sangat apabila nama saya diumumkan sebagai pemenang. Saya memang tidak menyimpan harapan untuk menang kerana calon-calon yang lain adalah nama-nama besar. Mungkin ini rezeki saya dan saya terimanya dengan baik. Malah, ia menjadi pendorong utama untuk saya meningkatkan mutu lakonan saya untuk masa kana datang.”

Sofea Jane: (Pelakon Wanita Drama Terbaik – Sebuah Ijtihad)

“Saya memang tidak terkata apabila diumumkan sebagai pemenang. Sejak melibatkan diri dalam bidang lakonan sejak tahun 1990 dan ketika itu saya baru berusia 18 tahun, ini merupakan kemenangan pertama saya. Selepas saya membaca skrip drama ini, saya mula jatuh cinta dengan watak tersebut. Saya memang sudah lama mencari watak yang istimewa dan watak ini memang lain dari yang lain. Bagi saya, seorang pelakon bertanggungjawab untuk membawa sesuatu yang berfaedah kepada penonton dan saya.”

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.