saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 16/12/2007

Abdullah: Budayakan sikap suka menulis pengalaman

KUALA LUMPUR 15 Dis. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta para pegawai kerajaan yang telah lama berkhidmat supaya membudayakan sikap suka menulis dan menghasilkan buku mengenai pengalaman diri untuk tatapan generasi muda.

Perdana Menteri berkata, pengalaman dan pengetahuan pegawai tersebut perlu dibukukan untuk rujukan agar generasi akan datang mengetahui bagaimana negara ini dibangunkan.

‘‘Pegawai-pegawai yang terlibat dalam pembangunan di luar bandar perlu mengambil inisiatif untuk menulis buku mengenai pengalaman mereka membangunkan ekonomi luar bandar dan pelbagai lagi pembangunan sosial lain.

‘‘Sekiranya pengalaman dan pengetahuan itu tidak dibukukan, ia kelak hilang begitu sahaja dan generasi muda tidak akan mengetahui bagaimana keadaan negara pada masa itu,’’ katanya.

Abdullah berkata demikian ketika berucap melancarkan koleksi puisi Merenung Jendela Hidup karya Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di sini hari ini.

Turut hadir ialah isteri beliau, Datin Seri Jeanne Abdullah, Syed Hamid, Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin, Pengerusi Lembaga Pengelola DBP, Datuk Johan Jaaffar dan Ketua Pengarah DBP, Datuk Dr. Firdaus Abdullah.

Koleksi puisi karya Syed Hamid setebal 185 muka surat itu merakamkan cetusan pengalaman, kenangan dan renungan beliau sepanjang perjalanannya ke serata dunia yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan seperti jati diri, patriotisme, keadilan, isu kemanusiaan dan antarabangsa.

Menurut Abdullah, para pegawai kerajaan perlu mencontohi Syed Hamid yang sempat meluangkan masa untuk mencatatkan pengalamannya dalam bentuk puisi.

‘‘Saya mengetahui Syed Hamid menulis puisi apabila ternampak beliau menulis sesuatu di dalam kapal terbang semasa dalam perjalanan untuk lawatan rasmi.

‘‘Saya menyatakan baguslah dan berharap ia dapat dibukukan untuk tatapan generasi muda mengenai pengalaman beliau,’’ katanya.

Sehubungan itu, katanya, ia perlu menjadi budaya kepada semua orang untuk mencatatkan pengalaman masing-masing agar ia nanti menjadi khazanah negara.

Abdullah juga meminta generasi muda menghargai khazanah negara, budaya dan seni bangsa bagi mengelakkan ia hilang selama-lamanya.

Tambah beliau, pada zaman moden ini yang menumpukan kepada sains dan teknologi maklumat, generasi muda semakin kurang menghargai budaya dan seni yang diwarisi turun-temurun.

‘‘Generasi sekarang lebih tertumpu kepada kemajuan material, fizikal, prasarana serta kurang menghayati budaya dan seni bangsa.

‘‘Kalau budaya bangsa ini dibenarkan dibawa arus kemajuan, ia akan hanyut dan terus hilang serta satu hari nanti budaya negara ini akan hilang,’’ katanya.

Tegasnya, khazanah negara, seni dan budaya ini amat penting kepada kerajaan kerana melibatkan usaha pembangunan modal insan yang antaranya memperkasakan diri individu dengan nilai-nilai murni.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zuhur 1:02
Asar 4:25
Maghrib 6:59
Isyak 8:13



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.