saya nak baca ..

POLITIK


ARKIB : 17/12/2007

BN didesak ambil tindakan terhadap Chong Kah Kiat

TUARAN 16 Dis. – Pemuda UMNO hari ini mendesak Jawatankuasa Disiplin Barisan Nasional (BN) mengambil tindakan ke atas bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Chong Kah Kiat kerana melantik peguam daripada parti pembangkang mewakilinya dalam kes saman projek patung dewa laut di Kudat.

Setiausaha Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahalan berkata, perbuatan Kah Kiat itu dilihat melanggar etika politik BN dan langsung tidak mencerminkan semangat parti.

“Kita desak supaya dalam mesyuarat BN akan datang isu ini dibawa dan dibincangkan dalam Dewan Tertinggi BN,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada Kempen Tandatangan Menentang Demonstrasi Jalanan di Tapak Tamu di sini hari ini.

Rabu lalu, Kah Kiat memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini, meminta supaya Lembaga Perbandaran Kudat menarik balik keputusan membatalkan pembinaan patung dewa laut atau Ma Tzu di bandar itu.

Tindakan Kah Kiat itu juga menimbulkan tanda tanya apabila beliau mengambil Ansari Abdullah sebagai peguamnya, yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah.

“Ini kita tidak boleh benarkan. Kalau dibenarkan bermakna etika politik BN boleh dipermainkan oleh sesiapapun dan menunjukkan BN lemah.

“Kalau tiada sebarang tindakan saya rasa kita gagal, BN perlu melihat tidak kira pemimpin besar ataupun kecil, jika melanggar etika dan menggugat kestabilan BN, tindakan disiplin perlu diambil,” katanya.

Menurutnya, Pemuda UMNO akur terhadap sebarang keputusan jawatankuasa berkenaan sama ada bertindak memberi amaran bertulis atau memecat Kah Kiat yang juga adalah Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Kapor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.