saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 17/12/2007

Perpustakaan khusus di wilayah pembangunan

WILAYAH Ekonomi Koridor Timur (ECER) yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri pada 29 Oktober yang lalu merupakan pelengkap kepada Wilayah Pembangunan di Semenanjung Malaysia.

Sebelum ini, dua perancangan awal telah dilancarkan iaitu Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) dan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI), merangkumi utara dan selatan. Semua perancangan ini tentunya adalah untuk kemajuan serta mengangkat martabat dan ekonomi rakyat Malaysia.

Selama ini antara wilayah yang maju tertumpu di Lembah Klang dan Kuala Lumpur. Sebaliknya negeri-negeri lain ada di antaranya tergolong dalam negeri termiskin. Ketidakseimbangan ekonomi berlaku dan akibatnya penghijrahan beramai-ramai penduduk di negeri-negeri tertentu keluar mencari rezeki di kawasan yang lebih menjanjikan kesenangan.

Wilayah Pembangunan Koridor Utara misalnya, yang merangkumi negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Utara Perak, dengan keluasan 1.9 juta hektar mempunyai penduduk seramai 5.4 juta orang.

Manakala Wilayah Ekonomi Koridor Timur pula merangkumi negeri-negeri di timur Semenanjung Malaysia - Kelantan, Terengganu, Pahang dan Mersing di Johor, dengan keluasan 66,736 km persegi dan penduduk seramai 3.9 juta orang.

Wilayah Pembangunan Iskandar pula khas diwujudkan di Johor yang akan dimajukan sebagai sebuah lembah ekonomi, yang akan memantapkan keseluruhan ekonomi Malaysia.

Menjadi salah satu agenda wilayah-wilayah pembangunan di setiap koridor untuk memakmurkan lagi ekonomi dan menyusun semula kepentingan-kepentingan yang ada pada setiap negeri. Juga tidak ketinggalan dari segi pembangunan insan, yang diterapkan dalam perancangan wilayah pembangunan.

Pembangunan insan sememangnya satu perkara yang amat penting untuk memastikan perancangan ekonomi dan pembangunan dapat direalisasikan. Ia mungkin dapat dilaksanakan dengan membina beberapa buah institusi pendidikan. Juga yang terpenting dalam sesebuah masyarakat umum ialah pembinaan perpustakaan.

Secara umum mengetahui kepentingan sesebuah perpustakaan. Ia merupakan pusat pengumpulan bahan-bahan bacaan yang boleh dipinjam dan dibaca oleh semua lapisan masyarakat. Tentunya ada pelbagai jenis perpustakaan, antaranya perpustakaan awam, desa, sekolah dan sebagainya.

Kepentingan

Dengan wujudnya perpustakaan-perpustakaan tersebut, sesebuah masyarakat setempat boleh mendapatkan buku-buku mengikut kepentingan masing-masing.

Namun begitu, sejauh manakah kepentingan perpustakaan di dalam masyarakat Malaysia sekarang? Penggunaan Internet secara meluas mungkin sedikit sebanyak mengurangkan jumlah pengunjung ke perpustakaan. Juga kepentingan untuk tidak membaca menyebabkan kurang minat ke perpustakaan, yang mungkin terletak di kawasan yang tidak strategik.

Bagaimana pula dengan golongan usahawan dan peniaga? Sejauh manakah mereka menggunakan kemudahan perpustakaan untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini sama ada dari majalah-majalah atau jurnal-jurnal? Atau membaca semula teori-teori ekonomi yang mungkin masih relevan sehingga kini.

Penulis merasakan adalah amat penting kepada sesebuah bangsa yang ingin maju, menjadikan perpustakaan sebagai pusat pengembangan ilmu. Perpustakaan perlu dibina pada tempat yang strategik, mengikut kepentingan golongan tertentu. Misalnya, dalam sesebuah koridor ekonomi, perpustakaan-perpustakaan desa, cawangan dan negeri masih diperlukan untuk masyarakat umum. Perpustakaan-perpustakaan ini perlulah dibina pada lokasi yang strategik, sesuai dengan kepentingan dan lokasi sesebuah masyarakat itu. Manakala perpustakaan-perpustakaan khas perlu pula dibina untuk golongan lain seperti usahawan atau pentadbir.

Lokasi juga memainkan peranan yang penting. Terutamanya perpustakaan untuk para usahawan. Ia perlulah dibina pada kawasan perniagaan, supaya ia lebih mudah dikunjungi oleh para usahawan. Atau perpustakaan untuk para pentadbir pula dibina di kawasan pentadbiran.

Dengan wujudnya perpustakaan-perpustakaan mengikut kepentingan golongan-golongan itu, kemudahan di sesebuah perpustakaan akan lebih terfokus. Perpustakaan-perpustakaan khas ini pula akan lebih bebas untuk memikirkan aktiviti-aktiviti yang lebih khusus kepada pengunjung-pengunjungnya.

Penyusunan semula kepentingan ekonomi pada sesebuah kawasan seperti yang telah dilakukan menerusi wilayah-wilayah ekonomi perlulah diikuti dengan penyusunan semula jenis dan lokasi perpustakaan-perpustakaan yang telah dibina dan bakal dibina. Tentunya usaha ini akan menampakkan hasil yang lebih positif dalam penyusunan semula masyarakat Malaysia.

* KHAIRUSY SYAKIRIN HAS-YUN HASHIM ialah Setiausaha Agung, Komuniti Bukuonline.org dan juga pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:47
Zohor 1:14
Asar 4:29
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.