saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 18/12/2007

Saya belum bernikah - Julia Hana

Ramai tercari-cari Julia Hana. Sementelah gosip mengatakan beliau telah berkahwin makin kencang kedengaran. Malah gosip tersebut seakan-akan ada kebenarannya apabila Julia Hana tampil di Anugerah Skrin ke-9 dengan inai di jari tangan dan kakinya.

Berkesempatan bertanyakan perkara tersebut kepada pelakon berusia lewat 20-an ini, sambil ketawa besar berkata “Semua itu cerita karut. Kalau saya dah kahwin pastinya saya akan memberitahu semua orang. Mengapa saya nak sorok perkara yang baik.”

Katanya, gosip tersebut mula timbul apabila ada yang ternampak dia dengan seorang pemuda menonton wayang di pusat membeli belah terkemuka di Kuala Lumpur dan ternampak inai di kaki mereka.

“Sebenarnya saya bukan pergi berdua dengan pemuda itu. Kami pergi bersama dua adik saya. Pemuda tersebut merupakan kawan lama dan telah mengenali ahli keluarga saya.

“Sebenarnya ada satu hari itu saya dan adik-adik bosan. Jadi kami dan pemuda tersebut pergi membeli inai dan memakainya. Kami berinai kerana suka-suka dan bukan sebab kami dah berkahwin atau bernikah,” katanya.

Intim dengan seseorang

Kata pelakon filem Remp-It ini tidak mungkin dia akan menamatkan zaman bujangnya dalam masa terdekat kerana dia masih belum terfikir ke arah itu.

“Walaupun buat masa ini saya rapat dengan seseorang tetapi kami belum lagi memikirkan soal kahwin. Kami rapat sejak 10 bulan lalu dan kini dalam proses mengenali hati masing-masing,” katanya.

Menurut Julia, jika ditakdirkan dia bertemu jodoh, pastinya berita gembira tersebut akan dikongsi dengan semua pihak.

Projek terbaru

Menyentuh tentang perkembangan terbarunya kata Julia, dia baru selesai menjalani penggambaran drama bersiri Janji Diana.

Membawakan watak Aishah, kata Julia; “Biarpun pelbagai fitnah yang melanda saya namun alhamdulillah rezeki saya tetap ada. Saya bersyukur dengan apa yang ada dan berharap agar banyak lagi perkara-perkara baik akan hadir dalam hidup saya tahun depan.”

Malah pada bulan Januari depan Julia akan muncul buat pertama kalinya dalam teater berjudul Patung Kertas yang akan dipentaskan di Auditorium Tunku Abdul Rahman (MATIC), Kuala Lumpur.

“Sekarang saya sibuk berlatih teater tersebut. Sesuatu yang menyeronokkan kerana saya membawa watak jurusolek. Teater tersebut menarik kerana mengisahkan maknyah-maknyah yang terlibat dalam sebuah persembahan,” katanya mengakhiri perbualan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.