saya nak baca ..

LAPORAN KHAS


ARKIB : 18/12/2007

Baling pula dilanda banjir

BALING 17 Dis. – Selepas Pantai Timur, lebih 500 penduduk di beberapa kampung di tebing Sungai Ketil, di sini diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga setelah rumah mereka dinaiki air sejak tengah hari ini.

Tinjauan Utusan Malaysia di Mukim Siong, Bongor dan Baling mendapati lebih 50 rumah di tebing sungai terbabit kini mula dinaiki air setinggi kira-kira dua meter.

Kampung terbabit ialah Kampung Baru, Kampung Bukit Sebelah, Kampung Siput, Kampung Paya, Kampung Kota, Kampung Banggol Derun dan Kampung Bawah Gunung.

Sehingga kini, empat keluarga di Kampung Cenerai telah dipindahkan ke dewan orang ramai kampung terbabit ekoran rumah mereka ditenggelami air.

Seorang penduduk dari Kampung Bawah Gunung, Abdul Moin Ahmad, 63, memberitahu, hujan berterusan sejak petang semalam menyebabkan air Sungai Ketil meningkat.

Katanya, keadaan tersebut bertambah buruk kerana sungai berkenaan tidak mampu mengalirkan air dalam tempoh singkat.

“Ini menyebabkan berlakunya limpahan air sehingga membanjiri rumah penduduk terutama di tebing-tebing sungai.

“Rumah saya sendiri dinaiki air setinggi dua meter sejak pukul 12 tengah hari,” katanya ketika ditemui di sini, petang ini.

Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan kenyataan, hujan lebat beserta ribut petir peringkat jingga (sederhana) yang berlaku di negeri ini dijangka berterusan lewat petang ini.

Keadaan cuaca yang sama dijangka berlaku di Perlis dan utara Perak.

Sementara itu, Pegawai Daerah Baling, Noh Dahaya ketika melawat mangsa banjir berkata, pihaknya akan menjalankan pemantauan berterusan.

“Jika air naik melebihi paras bahaya kesemua penduduk akan dipindahkan ke penempatan sementara.

“Bilik gerakan juga akan dibuka dalam tempoh terdekat sekiranya keadaan tidak mengizinkan,” katanya.

Dalam pada itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) memberitahu, pihaknya mengerahkan anggota untuk bersiap sedia membantu memindahkan mangsa-mangsa banjir.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.