saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 18/12/2007

Alat RM10 toreh getah ketika hujan

PENDANG 17 Dis. – Percaya atau tidak dengan modal RM10 untuk sebatang pokok, pekebun kecil getah kini boleh menoreh sepanjang tahun tanpa perlu risau hari hujan.

Ia berikutan hasil kreatif seorang peniaga ayam dari Kepala Batas, Pulau Pinang, Khalid Saad, 46, mencipta sejenis alat dikenali sebagai ‘pelindung susu getah’ yang mampu meningkatkan bilangan hari menoreh.

Menerusi alat yang diperbuat daripada kain payung hujan, gelung gentian dan getah bitumin dengan kos sekitar RM10, Khalid berkata, pokok getah boleh ditoreh pada bila-bila masa kerana ciptaannya itu akan melindungi muka torehan daripada basah.

Alat itu juga, katanya, berfungsi melindungi susu getah bercampur air akibat hujan dan membantu mempercepatkan pembekuan susu getah sekali gus memberi peluang kepada pekebun kecil menambah pendapatan mereka.

“Alat ini telah diuji di beberapa kebun getah termasuk di Kubur Panjang dan di Kampung Simpang Tempoyak, Pendang selama lebih tiga bulan dan ia telah berfungsi dengan begitu baik.

“Ujian juga mendapati ia tahan lama dan mampu digunakan dalam tempoh lebih daripada setahun,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Khalid, ilham untuk mencipta alat tersebut timbul setelah dia melihat lampu tanglung yang digantung di dalam sebuah kedai kira-kira setahun lalu.

Memandangkan ahli keluarga termasuk nenek dan datuknya juga merupakan penoreh getah, katanya, dia kemudian mula memikirkan cara untuk mengatasi masalah penoreh getah terutama ketika hari hujan berpandukan tanglung yang dilihatnya itu.

“Tempat yang hendak ditoreh dililit dengan kain payung yang dikembangkan menggunakan gelung fiber dan getah bitumin pula digunakan untuk meletakkannya pada batang pokok,” katanya.

Khalid memberitahu, anggaran dalam setahun penoreh getah tidak dapat menoreh selama empat bulan kerana hujan.

Katanya, jika menggunakan alat itu pada 500 batang pokok getah dalam tempoh tersebut, pekebun kecil getah dapat menambah pendapatan sehingga lebih RM11,000 berbanding hanya RM5,000 yang dikeluarkan untuk membeli alat berkenaan.

Mereka yang berminat untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai alat tersebut boleh menghubungi Koperasi Pekebun Kecil Daerah Pendang Berhad di talian 04-7596392.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zohor 1:14
Asar 4:37
Maghrib 7:11
Isyak 8:25



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.