saya nak baca ..

SUKAN


ARKIB : 19/12/2007

Kegagalan skuad bola sepak di Sukan SEA bukan total – Khairy

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Khairy Jamaluddin berkata, kegagalan skuad kebangsaan pada Sukan SEA tidak harus dianggap kegagalan total, sebaliknya beliau percaya masih ada faedah jangka panjang yang telah dikutip pasukan negara daripada penyertaan di Korat.

Menurut Khairy, terdapat 16 pemain sama ada dalam skuad Sukan SEA mahu pun skuad latihan yang masih layak untuk beraksi pada Temasya di Laos 2009.

Katanya, sebahagian besar daripada pemain muda yang akan menyarung jersi Malaysia dua tahun dari sekarang sudah memiliki pengalaman Sukan SEA, sekali gus mampu menjanjikan aksi yang lebih mantap.

Temasya Sukan SEA mewajibkan setiap negara menghantar skuad bawah 23 tahun.

Antara tonggak utama skuad Sukan SEA 2007 yang masih layak mewakili negara di Laos adalah pasangan kembar, Mohd. Aidil Zafuan dan Mohd. Zaquan Abdul Razak, Syafiq Rahim, Syed Adney, Norsharul Talaha, Mohd. Bunyamin Omar, Mohd. Amirulhadi Zainal, Mohd. Khyril Muyameen, Shahurain Abu Samah, Mohd. Farizal Marlias dan Tengku Quyumm.

Lima pemain yang gagal mendapat tempat dalam pasukan tahun ini tetapi masih layak beraksi dua tahun dari sekarang ialah Mohd. Sabree Abu, K. Thanaraj, Jazarin Jamaluddin, Abdul Manaf Mamat dan Ahmad Azlan Zainal.

Penyertaan

‘‘Kita tidak harus cepat mengatakan bahawa penyertaan di Korat adalah satu kegagalan kerana masih terdapat beberapa aspek yang memberi keuntungan jangka panjang,’’ kata Khairy pada sidang akhbar skuad bawah 19 tahun kebangsaan di Wisma FAM, semalam.

Menurut Khairy lagi, beliau sudah pun menyediakan laporan mengenai prestasi keseluruhan skuad kebangsaan di Sukan SEA dan akan diserahkan kepada Presiden FAM, Sultan Ahmad Shah.

‘‘Saya sudah menerima laporan daripada jurulatih (B. Sathianathan) dan pada masa yang sama saya juga menyediakan laporan saya sendiri.

‘‘Kita jangan melihat perkara ini daripada satu sudut yang teruk, ada beberapa aspek yang masih boleh diperbaiki dan ia boleh menjadikan pasukan ini lebih baik.

‘‘Salah satu daripada aspek utama yang harus diberi perhatian serius adalah kecenderungan pemain-pemain melakukan kesalahan yang tidak perlu yang akhirnya menyebabkan mereka digantung perlawanan,’’ katanya.

Malaysia, juara Pesta Bola Merdeka 2007 bukan saja gagal memperbaiki pencapaian meraih pingat gangsa pada Sukan SEA di Manila dua tahun lalu, malah gagal melayakkan diri ke separuh akhir di Korat.

Selepas tumpas 1-3 kepada Vietnam dalam perlawanan pembukaan mereka kembali mencerahkan peluang dengan membelasah Laos 4-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan B.

Bagaimanapun, pasukan negara hanya mampu seri 1-1 dengan Singapura pada perlawanan terakhir, yang sekali gus menyaksikan kita tersingkir daripada Sukan SEA.

Thailand terus unggul mendominasi acara bola sepak dengan merangkul kejuaraan kelapan berturut-turut selepas menumpaskan Myanmar 2-0 pada perlawanan akhir.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.