saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 21/12/2007

RM4 juta sambut Kuala Terengganu jadi bandar raya

KUALA TERENGGANU 20 Dis. – Kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM4 juta bagi mengadakan majlis sambutan sempena pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai bandar raya dan Tahun Melawat Terengganu (TMT) pada 1 Januari ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, pelbagai acara termasuk pertunjukan bunga api di empat lokasi iaitu di Taman Shahbandar, Gong Badak, Manir dan Bukit Besar akan diadakan bagi memeriahkan majlis tersebut.

Katanya, majlis bersejarah itu akan dimulakan dengan pemasyhuran Kuala Terengganu sebagai bandar raya oleh Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Maziah di sini.

“Pelantikan Datuk Bandar Kuala Terengganu juga akan dilakukan pada majlis yang sama di Istana Maziah,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman di sini semalam.

Menurut Menteri Besar, majlis pelancaran TMT 2008 juga akan dilakukan bersama sempena pengisytiharan Bandar Raya Kuala Terengganu.

“Pada malam pengisytiharan (1 Januari) Kuala Terengganu sebagai bandar raya itu, orang ramai boleh menyaksikan kemeriahan pertunjukan bunga api di empat lokasi utama di bandar ini,” jelas beliau.

Selain itu, tambahnya, perarakan kereta berhias dan pertunjukan kebudayaan turut diadakan di taman berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.