saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 22/12/2007

Kamera JPJ beroperasi mulai Januari

KUALA LUMPUR 21 Dis. – Mulai tahun depan pemandu yang melakukan kesalahan lalu lintas tidak akan terlepas daripada hukuman apabila mereka dipantau melalui sistem Kamera Pengesan Saman Secara Automatik (AES).

Menerusi sistem itu, semua kesalahan yang dilakukan pengguna jalan raya akan direkod melalui kamera automatik dan saman dikeluarkan serta-merta melalui sistem komputer Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Malah rekod kesalahan itu dimasukkan dalam sistem demerit JPJ.

Menurut Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Zakaria Bahari, ujian terhadap AES akan dilaksanakan mulai Januari ini untuk tempoh tiga bulan bagi menilai keberkesanan sistem itu dalam mengesan pemandu yang melakukan kesalahan lalu lintas.

“Kamera automatik akan ditempatkan di lebih 200 kawasan sering berlaku kemalangan yang telah dikenal pasti oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

“Kita akan uji dahulu keberkesanan AES dalam memantau mereka yang melakukan kesalahan lalu lintas untuk tempoh tiga bulan pertama tahun ini,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sistem AES merupakan kamera automatik yang akan diletakkan di kawasan yang sering berlaku kemalangan dan berfungsi menggantikan pihak berkuasa serta beroperasi selama 24 jam.

Menurut Zakaria, AES akan merakam kesalahan yang dilakukan mana-mana kenderaan seperti melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju ditetapkan.

“AES akan merakam dan merekodkan kesalahan yang dilakukan oleh pemandu dalam sistem demerit dan saman serta-merta dikeluarkan melalui sistem komputer JPJ,” jelasnya.

Beliau memberitahu, proses pelaksanaan AES perlu melalui dua peringkat iaitu kaedah mengesan bentuk kesalahan dan penentuan lokasi menempatkan kamera automatik.

Kaedah mengesan bentuk kesalahan, jelas beliau, dikendalikan oleh JPJ manakala penentuan lokasi dibuat oleh Miros.

Zakaria berkata, Kementerian Pengangkutan kini dalam proses menetapkan kos pemasangan keseluruhan kamera itu.

“AES akan diletakkan di kawasan-kawasan yang telah ditetapkan oleh Miros iaitu di sekitar Lembah Klang dan lebuh raya,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pengarah Miros, Prof. Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohaidi berkata, pihaknya telah selesai menjalankan penyelidikan bagi mengenal pasti kawasan-kawasan yang sering berlaku kemalangan.

Menurutnya, terdapat lebih 200 kawasan yang telah dikenal pasti dan AES akan diletakkan di situ bagi memantau cara pemanduan pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut.

Tambahnya, kawasan yang dikenal pasti itu adalah berdasarkan kajian Miros yang mendapati kira-kira lima kemalangan berlaku bagi tempoh dua tahun di kawasan yang sama.

“Antara punca utama kemalangan sering berlaku di kawasan tersebut ialah memecut melebihi had laju yang ditetapkan dan melanggar lampu merah,” katanya.

Beliau berharap, dengan wujudnya AES, ia dapat memberi impak yang lebih baik dalam mendidik pengguna jalan raya mengenai cara pemanduan yang berhemah.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.