saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 23/12/2007

Siapa ke final Sehati Berdansa

PROGRAM realiti popular masa kini, Sehati Berdansa tiba ke kemuncaknya. Minggu depan, kita bakal mengetahui siapakah bakal menjulang gelaran juara sulungnya sekali gus membolot hadiah bernilai RM200,000 dan trofi.

Namun sebelum itu, penggemarnya bakal diberikan debaran baru apabila malam ini mereka akan menyaksikan siapakah dua pasangan peserta yang akan tersingkir dan siapa pula yang bakal menempa tempat ke peringkat akhir.

Seperti yang diketahui, minggu keenam lalu, tiada proses penyingkiran dilakukan tetapi seperti yang dijanjikan oleh penerbitnya, Astro Ria, malam ini kita bakal menyaksikan siapakah dua peserta tersingkir.

Selain Detik Sehati Berdansa yang mengisahkan rakaman di sebalik tabir dan latihan menari dan sebagainya yang akan disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, penyingkiran ini juga menjadi sebahagian format yang diguna pakai oleh pihak penerbitnya untuk memberikan kehangatan kepada program pertandingan tarian yang diadaptasi daripada program Nachbaliye dari India dan disertai oleh selebriti popular tempatan bersama pasangan masing-masing.

Minggu lalu, sepatutnya pasangan Ngasriah Ngasri dan suaminya, Abdul Wafi Hassan menjadi peserta kelima yang disingkirkan berikutan kedudukan markah terendah mereka.

Namun mereka bernasib baik kerana pihak penerbit mengambil keputusan untuk tidak melakukan penyingkiran pada minggu keenam tersebut.

Namun persoalannya, apakah mereka terselamat lagi pada malam ini sekali gus melayakkan diri ke peringkat akhir yang bakal berlangsung pada 29 Disember ini?

Atau apakah pasangan Riezman Khuzaimi dan isterinya, Kartina Ayoob juga bakal menerima nasib yang sama disingkirkan pada malam ini berikutan kedudukan markah mereka yang kurang memberansangkan pada minggu lalu?

Sukar menentukan nasib kedua-dua pasangan ini kerana pemarkahannya melibatkan 50 peratus sistem SMS (khidmat pesanan ringkas) dan selebihnya 50 peratus markah lagi daripada pihak juri.

Peminat

Mereka yang berada pada kedudukan selamat seperti pasangan kegemaran, Vanidah Imran dan Rashidi Ishak serta pasangan Raianna A. Rahman dan suaminya Zain Shah juga belum tentu mampu menjamin nasib untuk layak ke peringkat akhir.

Sebab sudah diketahui, pertandingan yang melibatkan SMS sukar diramal kerana jika mereka mendapat sokongan juri, belum tentu markah mereka menggalakkan seandainya tidak mendapat meraih undian peminat.

Tanpa sokongan peminat, tentu sahaja bakal mengundang nasib malang kerana seperti program realiti lain, tidak dinafikan undian khalayak memainkan peranan besar untuk menentukan nasib para pesertanya.

Malah tidak menafikan, ada kalangan peserta program realiti ini sendiri mengakui bahawa kerana khalayak mereka disingkirkan.

Antaranya yang meluahkan perasaan itu termasuklah pasangan Atilia dan suaminya, Ariff Johan Abdul Jalil yang menganggap, penyingkiran mereka pada minggu kelima lalu ekoran kurangnya populariti berbanding peserta lain yang dianggap sebagai faktor utama penyingkiran mereka.

Menariknya program realiti ini, para pesertanya sejak awal juga secara lantang mendakwa merasakan bukan sekadar mangsa SMS, malah ada beranggapan mereka menjadi mangsa juri yang dikatakan berat sebelah seperti pasangan Haiza dan suaminya, pemain hoki, Norhanafpe Omar.

“Tak ada teguran yang membina untuk kami daripada juri. Sebenarnya memang kami kecil hati dengan juri sebab tak pernah nak bagi teguran yang mampu memberi motivasi kepada kami.

“Setiap minggu ada saja teguran yang tak membina. Ini secara tak langsung telah mempengaruhi markah SMS untuk kami,” kata Hanafpe.

Pasangan Radhi OAG dan isterinya, Shazlin Sharif yang menjadi peserta sulung tersingkir pada minggu kedua juga melahirkan kekecewaan mereka ke atas sikap juri tetap, Linda Jasmine dan Fathee Abdullah yang dianggap pilih kasih dalam soal pemarkahan.

“Malah, saya terkilan apabila EE (Fathee) kata, gaya saya menari ‘poyo’. Saya tidak faham apa maksud dia kata macam itu pada saya. Sedangkan orang lain mungkin memberikan persepsi yang berbeza,” kata Radhi.

Disertai lapan pasangan selebriti, pasangan Asfarina Muhamad atau As dan suaminya, pemain bola sepak, Azman Adnan turut menerima padah menjadi peserta ketiga yang tersingkir pada minggu keempat.

Tujuh minggu bertungkus lumus cuba memberikan persembahan terbaik pada setiap minggu, pastinya kemuncak Sehati Berdansa memberikan satu debaran paling mengujakan buat pesertanya.

Sabtu depan, para penggemar program ini bakal menyaksikan siapakah pasangan selebriti yang akan dianugerahkan sebagai juara pertama dan membolot hadiah bernilai RM200,000 serta trofi.

Apakah pasangan Vanidah dan Rashidi mampu terus memberikan persembahan konsisten dan menepati ramalan untuk bergelar juara?

Komen

Semalam kita telah menyaksikan persembahan keempat-empat pasangan selebriti yang tinggal meneruskan perjuangan masing-masing dan berentap memberikan yang terbaik.

Semalam juga mereka telah menerima komen-komen daripada pihak juri tetap dan pengkritik jemputan.

Malam ini kita akan menyaksikan pergabungan dua markah juri dan undian SMS bagi mencari dua pasangan terbaik yang layak ke akhir.

Mungkinkah Vanidah-Rashidi dan Raianna A. Rahman–Zain Shah berjaya meneruskan perjuangan atau apakah perkara sebaliknya berlaku?

Bagi kebanyakan pesertanya, bukanlah gelaran juara atau nilai hadiah yang begitu dikejar-kejar jauh sekali menjadi matlamat untuk menyertai program realiti ini.

Selain dapat mempereratkan lagi hubungan sementelah masing-masing sibuk dengan kerjaya, hasrat untuk membantu badan-badan kebajikan yang mereka wakili itu menjadi objektif yang lebih bermakna buat mereka.

Ini kerana pada setiap pasangan peserta, mereka mewakili satu badan kebajikan dan sejumlah wang yang berjaya mereka kutip akan disalurkan kepada badan itu.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.