saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 24/12/2007

Sirehemas komersialkan produk kecantikan berasaskan halia

SHAH ALAM 23 Dis. – Sirehemas Marketing Sdn. Bhd. (Sirehemas) muncul sebagai syarikat pertama di negara ini yang berjaya mengkomersialkan produk penjagaan kecantikan berasaskan halia hasil kajian dan pembangunan (R&D) dengan SIRIM Bhd.

Pengarah Eksekutifnya, Suhana @ Husin Misnan berkata, melalui kerjasama selama lebih daripada dua tahun itu, produk Xanzwhite Cosmeceuticals dihasilkan dan mula dipasarkan awal tahun ini.

Menurutnya, produk penjagaan kecantikan itu menggunakan bahan mentah daripada keluarga halia seperti lempoyang, temulawak dan lengkuas.

Jelas beliau, pengkomersialan produk itu bertujuan untuk mengatasi masalah produk penjagaan kecantikan di negara ini yang banyak mengandungi bahan toksik hidrokuinon dan raksa yang memberi kesan risiko kepada kulit penggunanya.

‘‘Penghasilan produk Xanzwhite adalah kombinasi daripada produk kosmetik dan farmaseutikal dan terapeutikal yang mana ia lebih selamat, bebas toksik dan berkesan kepada penggunanya,’’ katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Menurut Suhana, Xanzwhite adalah produk pencerahan yang kini setanding dengan produk berjenama antarabangsa yang berharga lebih mahal.

Tambahnya, produk yang menerima anugerah inovasi antarabangsa ITEX 2007 itu bersesuaian untuk semua golongan dan untuk semua jenis kulit.

‘‘Kami kini dalam kajian bersama SIRIM lagi untuk menghasilkan produk anti penuaan, mungkin pada pertengahan tahun depan,’’ ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, beliau berkata, Sireh emas menyasarkan Xanzwhite akan menjadi penyumbang terbesar kepada perolehan syarikat menjelang tahun 2008.

‘‘Kami yakin pertumbuhan syarikat akan bertambah sebanyak 30 peratus pada tahun depan, ini bakal disumbangkan oleh Xanzwhite,’’ katanya lagi.

Sehubungan itu, bagi mencapai misi berkenaan, Suhana mengunjurkan jualan produk terbaru itu sebanyak 5,000 set setiap bulan pada tahun depan.

Dalam masa yang sama, syarikat juga sedang menggiatkan aktiviti promosinya di kalangan pengedarnya di seluruh negara yang kini seramai 1,500 orang.

Lebih menarik lagi, produk berkenaan juga sekali gus mampu dipasarkan di luar negara melalui beberapa pengedarnya di Singapura dan Brunei.

Sementara itu, Suhana berkata, Sirehemas akan mengukuhkan penguasaan pasarannya dalam pengeluaran produk berasaskan sireh.

Sehingga kini, syarikat memiliki empat produk berasaskan sireh iaitu Warisan Puteri: Feminine hygiene, Sireh Slim: Gel hangat peramping dan Seri Puteri, sabun bar herba pelembab wajah.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:53
Zuhur 1:20
Asar 4:34
Maghrib 7:25
Isyak 8:36



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.