saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 24/12/2007

Akta Hak Cipta 1987 perisai kerjaya penulis bebas

AKTA Hak Cipta 1987 yang dikuatkuasakan jelas dengan tujuan utama, iaitu memberi perlindungan kepada apa jua karya dalam mana-mana bentuk. Perlindungan karya yang dizahirkan sama ada dalam bentuk audio, tulisan dan gambar secara langsung melindungi nasib pencipta serta industri itu sendiri.

Jika akta ini dilihat daripada kaca mata industri majalah, masih ramai penulis bebas tidak sedar betapa pentingnya kesedaran mereka bagi mengambil tahu hak mereka sebagai penulis bebas di negara ini.

Kesan daripada sikap tidak ambil tahu ini memberi keuntungan kepada pihak penerbit mengeksploitasi hasil kerja penulis berkali-kali.

Artikel bersiri dalam majalah yang menjadi kegilaan boleh dijadikan sebagai buku yang menarik dan mempunyai potensi pembaca tersendiri.

Soalnya siapa akan mendapat untung. Adakah penerbit majalah, penulis bebas atau kedua-duanya sekali? Peranan Akta Hak Cipta 1987 menjawab persoalan ini.

Pengetahuan mengenai Akta Hak Cipta 1987 di kalangan penulis bebas adalah usaha memastikan survival penulis bebas sebagai karier terjamin dan pada masa sama memberi keyakinan kepada penulis-penulis baru bahawa industri penerbitan majalah memberi ruang yang adil baik sudut ekonomi individu dan pengurusan bakat mereka dapat dikembangkan.

Majalah menjadi medium bagi penulis-penulis bebas bertapak membina kredibiliti mereka kepada khalayak. Kewujudan majalah menjadikan proses penerimaan orang ramai lebih cepat kerana kitar masa penerbitan berkala ini mencipta aturan konsisten yang membina hubungan langsung penulis dan pembaca.

Sikap penerbit majalah yang menidakkan kepentingan penulis dapat dilihat dengan jelas apabila adanya notis bercetak dalam terbitan mereka seperti, “Segala kiriman penulisan kepada majalah ini akan secara langsung menjadi hak milik penerbit. Ia tidak boleh diterbitkan semula dalam apa jua cara tanpa mendapat kebenaran penerbit.”

Apabila dirujuk kepada beberapa peguam mengenai validity atau kesahihan notis seperti ini dari sudut pandang undang-undang, mereka mengatakan notis bertulis seperti ini tidak sah dari sudut undang-undang kerana perkara-perkara berikut.

Pertama, tidak ada perjanjian hitam putih yang jelas ditandatangani daripada kedua-dua pihak, iaitu pihak penulis bebas dan penerbit bahawa setiap karya yang dihasilkan akan menjadi hak milik penerbit.

Kedua, kenyataan seperti berikut jelas menzalimi penulis bebas. Andainya sumbangan artikel berkenaan tidak diterbitkan oleh pihak majalah, maka hasil penulisan berkenaan tidak boleh diguna pakai bagi tujuan lain sama ada untuk cetakan di akhbar, Internet atau buku.

Ketiga, pembayaran honorarium oleh pihak penerbit tidak bermaksud membeli karya yang disumbangkan penulis bebas. Ia adalah sagu hati bukan gaji dan penerbit tidak bertindak sebagai majikan kepada penulis bebas. Honorarium dianggap balasan terhadap pelesenan karya penulis kepada majalah berkenaan.

Malah jika majalah berkenaan tetap berkeras mengatakan karya penulis menjadi hak cipta mereka melalui pembayaran honorarium sebagai bukti adanya proses jual beli hak cipta, maka ia perlu dibuktikan melalui surat perjanjian yang ditandatangani oleh kedua-dua pihak sebagai tanda persetujuan. Ini adalah perlu sebagaimana disebutkan dalam Akta Hak Cipta 1987.

Penulis-penulis bebas yang bermain dalam gelanggang pengkaryaan majalah tempatan seharusnya sedar permainan yang boleh menguntungkan atau merugikan mereka.

Mengambil tahu peripentingnya Akta Hak Cipta 1987 oleh para penulis bebas lama dan baru menjadi jaminan kepada perkembangan dunia penulisan sebagai karier yang diyakini dan menidakkan unsur penindasan satu pihak kepada pihak lain.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.