saya nak baca ..

LUAR NEGARA


ARKIB : 25/12/2007

Pakistan salah guna dana Amerika Syarikat

WASHINGTON 24 Dis. – Sebahagian besar bantuan Amerika Syarikat (AS) berjumlah lebih AS$5 bilion (RM17 bilion) kepada Pakistan tidak digunakan untuk keperluan unit-unit tentera yang ditugaskan memerangi militan Al-Qaeda dan Taliban tetapi sebaliknya telah disalurkan kepada program lain atau dibazirkan.

Akhbar New York Times (NYT) hari ini melaporkan, sebahagian besar wang berkenaan telah disalurkan untuk membiayai kos sistem senjata yang disasarkan terhadap India.

Wang itu juga digunakan untuk membayar balik tuntutan yang dikemukakan oleh Pakistan bagi kos bahan api, peluru dan kos lain sedangkan tuntutan itu jauh melebihi kos sebenar, lapor NYT dengan memetik pegawai kerajaan dan tentera AS.

Rakyat Pakistan yang menentang Presiden Pervez Musharraf berkata, beliau menggunakan wang bantuan AS itu untuk menguatkan kedudukan kerajaannya.

Seorang diplomat Eropah berkata, AS sepatutnya lebih berhati-hati dalam menghulurkan bantuan kewangan.

“Saya merasakan pihak Amerika telah diperdayakan,” kata diplomat itu.

Bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada Pakistan bagi menyelenggarakan 100,000 askar di kawasan bergolak dipercayai tidak digunakan untuk membiayai keperluan askar berkenaan, kata pegawai.

Walaupun dana banyak disalurkan kepada Pakistan, anggota kor barisan hadapan negara itu pernah dilihat “berdiri di dalam salji dengan hanya memakai capal.”

Sebilangan askar hanya memakai topi besi zaman Perang Dunia Pertama dan menggalas raifal Kalashnikov usang yang mengandungi 10 butir peluru, kata pegawai.

Bantuan AS kepada Pakistan semakin diberi perhatian rapi di AS disebabkan kebangkitan semula militan Al-Qaeda dan Taliban di wilayah barat laut Pakistan di samping kegagalan untuk menangkap Osama bin Laden.

– AFP

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.