saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 25/12/2007

Zulkifli - Normala benci bertukar sayang

SIAPA kata perkahwinan yang terbina antara sesama pasangan artis dan selebriti tidak kekal lama?. Mungkin, itu cuma tanggapan serong masyarakat terhadap segelintir pasangan selebriti yang tidak dapat mempertahankan mahligai yang dibina.

Namun, realitinya masih ramai lagi yang berjaya mengekalkan rumahtangga mereka hingga kini.

Zulkifli Zain, 62, dan Normala Omar, 50, adalah antara pasangan pelakon yang berjaya mempertahankan kebahagiaan dan keharmonian rumah tangga mereka yang kini hampir mencecah usia 33 tahun perkahwinan.

Baru-baru ini, penulis menjejaki pasangan tersebut di Ukay Perdana, Kuala Lumpur.

Senyum manis dan ramah bicara pasangan ini menyambut ketibaan penulis membuatkan penulis berasa begitu selesa biarpun baru pertama kali bersua muka.

Ternyata kehidupan pasangan ini begitu bahagia. Sejak berkahwin sekitar 1975, pasangan ini dianugerahkan lima orang anak iaitu Norzizie Zulkifli, 31 (aktivis teater), Norzaza Zulkifli, 26, Norzazila Zulkifli, 24 (teater dan penyanyi), Norzazleen Zulkifli, 21 (pelakon Dunia Baru, penyanyi) dan Muhammad Noor Zabaiq, 18 (pelakon drama dan teater).

Bagaikan tiada konflik, keceriaan sentiasa terukir di wajah mereka tatkala berbicara sesama sendiri dan menjawab setiap soalan yang kemukakan.

Tambah membahagiakan, mereka kini mempunyai seorang menantu iaitu pelukis Bayu Utomo Radjikin dan juga seorang cucu, Muhammad Armada Jiwa, sembilan bulan yang merupakan anak kepada Norzizie dan Bayu.

Ditanya tentang kejayaan mereka mengekalkan keharmonian rumah tangga, kata Zulkifli, walaupun usia perkahwinan mereka kini hampir mencecah tahun ke 33, namun mereka masih lagi seperti pasangan yang bercinta.

“Kami kalau berjalan ke mana-mana masih lagi berpegangan tangan tak kira lah sama ada ke pusat membeli belah ataupun majlis.

“Satu lagi ialah semasa hadapi sebarang masalah atau salah faham, kami selalunya akan berbincang dan saling memberi nasihat antara satu sama lain.

“Kalau di rumah pula, yang saya selalu amalkan ialah hug (peluk) dia. Bagi saya hug penting sebab ia dapat mengeratkan lagi kasih sayang kami,” katanya.

Biarpun 12 tahun berbeza umur, namun bagi Normala dan Zulkifli Zain ia bukanlah faktor penghalang terpupuknya kasih sayang antara mereka.

Pun begitu, tahukah anda di sebalik kebahagiaan yang dikecapi kini, Normala begitu sukar menerima cinta Zulkifli di awal perkenalan mereka.

Menyorot kembali kisah lalu, Normala yang lebih mesra dengan panggilan Kak Mala dengan jujur memberitahu pada awal pembabitannya sebagai penari di Kompleks Budaya Negara, Kementerian Kebudayaan sekitar tahun 1970-an, dia begitu membenci individu bernama Zulkifli Zain yang juga merupakan guru tarinya ketika itu.

Tegur

Kata Normala; “Mula-mula dulu memang Kak Mala tak suka dengan Abang Zul. Sebab masa mula akak masuk tarian dia selalu tegur akak supaya kuruskan badan.

“Yelah, masa muda-muda kan badan Kak Mala macam bentuk plum sikit. Jadi, bila dia (Zulkifli Zain) tegur suruh kuruskan badan, akak jadi benci sangat dengan dia.

“Lepas dia tegur macam tu, lama jugalah akak tak bertegur sapa dengan dia,” kata Normala.

Namun, mendung takkan selalu berarak, hujan takkan selamanya mencurah. Hubungan keruh tersebut akhirnya kembali jernih. Beberapa bulan selepas itu, mereka lebih kerap berbual dan seringkali keluar makan bersama tatkala habis latihan tarian.

Sehinggalah pada suatu hari, kata Normala; “Masa tu ada dinner di Kementerian Kebudayaan, Kak Mala pakai kebaya Indonesia lengkap dengan sanggul kat atas kepala.

“Kemudian dia ajak menari, Kak Mala pun menarilah dengan dia. Masa tengah menari tu dia kata “jom kahwin”. Akak pun cakaplah “jom”, ingatkan dia main-main, rupanya dia serius,” katanya.

Menurut Kak Mala, hubungan mereka menjadi erat sejak malam itu. Malah, menjadi semakin intim apabila mereka dan kumpulan penari Kementerian Kebudayaan ketika itu ke Burma mengadakan persembahan tarian.

Setelah enam bulan bercinta, mereka akhirnya berkahwin sekitar tahun 1975.

Sambil mengadakan persembahan kebudayaan di Madras, India mereka turut berbulan madu di sana.

Sebelum ini, pasangan tersebut pernah berlakon bersama antaranya menerusi filem Tiada Esok Bagimu pada penghujung 1970-an dan Sesejuk Air Mata Ibu sekitar awal 1980-an.

Kini, kedua mereka masih lagi aktif berlakon dalam filem dan drama di mana sering memegang watak Datuk dan Datin.

Ditanya tidakkah wujud perasaan cemburu antara mereka sama ada ketika berlakon atau di luar rumah, kata Normala mereka mengamalkan sikap saling percaya antara satu sama lain.

Mengakui sebagai seorang yang kuat cemburu, kata Normala; “Kalau masa berlakon Kak Mala faham kalau dia perlu menjiwai watak dan terpaksa berpegangan. Tapi, kalau di luar lokasi Kak Mala rasa tak perlulah pegang-pegang.”

Biarpun isterinya seorang yang kuat cemburu, namun Zulkifli amat menyayangi isterinya itu. Kata Zulkifli dia amat bahagia memiliki Normala sebagai isteri.

“Sikap Ala (panggilan manja Normala) yang paling Abang suka, dia sentiasa menghargai apa juga pemberian dari Abang. Apa sahaja, tak kira lah baju atau barang. Bagi dia apa sahaja yang Abang pilih semuanya cantik.

“Dia juga tak menilai sesuatu barang dari segi harga, tetapi dari segi kasih sayang dan erti pemberian daripada Abang,” kata Zulkifli.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.