saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 26/12/2007

Imbasan Ekonomi 2007 -- JANUARI

3 Jan Harga-harga saham di Bursa Malaysia ditutup lebih tinggi pada hari pertama dagangan dalam Tahun Baru 2007 dengan penanda aras Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) melepasi paras 1,100 mata.

IKKL meningkat sebanyak 20.85 mata untuk ditutup pada 1,117.09 berikutan minat pelabur terhadap saham-saham mewah, terutamanya perladangan.

4 Jan Bumiputra-Commerce Holdings Bhd. (BCHB) mengumumkan penjualan 49 peratus kepentingannya dalam anak syarikat milik penuhnya, Commerce Life Assurance Bhd. dan Commerce Takaful Bhd. selain kesemua pegangan dalam Commerce Assurance Bhd., pada harga RM990 juta.

Aviva Asia Pte Ltd. telah menawarkan untuk membeli 49 peratus kepentingan Commerce Life dan Commerce Takaful pada harga RM500 juta, manakala perniagaan insurans am, Commerce Assurance akan dijual kepada Allianz Group pada harga RM490 juta.

11 Jan. Bank Negara Malaysia (BNM) terpilih sebagai Bank Pusat Terbaik dalam Undian Bank-bank Islam Terbaik 2006 anjuran Islamic Finance.

BNM memperolehi lebih daripada separuh undi berdaftar bagi kategori tersebut, manakala Bank Pusat Bahrain menduduki tempat kedua.

11 Jan. Synergy Drive Sdn. Bhd. menamakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Sime Darby Bhd., Datuk Ahmad Zubir Murshid sebagai bakal ketua pegawai eksekutifnya.

Synergy Drive adalah syarikat khas yang dibentuk oleh CIMB Investment Bank bagi cadangan penggabungan Sime, Golden Hope Plantations Bhd. dan kumpulan syarikat Kumpulan Guthrie Bhd.

12 Jan. Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz dilantik sebagai Pengerusi Majlis Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam (IFSB) bagi penggal tahunan 2007.

Dr. Zeti adalah pengerusi keempat Majlis IFSB itu dan Kuala Lumpur akan menjadi tuan rumah bagi perhimpunan agung dan mesyuarat majlis IFSB, pada bulan Mac 2007.

17 Jan. Proton mempamerkan buat pertama kali kereta Satria Neo yang mempunyai tiga pintu, bersama-sama dengan kereta model lainnya di Pertunjukan Kereta Brisbane di Melbourne pada tahun ini.

Ini merupakan kali kedua Proton menyertai pertunjukan itu untuk melancarkan kesemua model keretanya di pasaran Australia, selepas menyertai pertunjukan di Queensland pada tahun 2003.

19 Jan. Kerajaan meluluskan peruntukan sebanyak RM3.7 bilion untuk melaksanakan 190 program utama bagi pembangunan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) pada tahun ini.

Jumlah tersebut tidak termasuk pembiayaan pinjaman berjumlah RM51 bilion, yang dijangka diberikan oleh institusi kewangan.

24 Jan - Synergy Drive Sdn. Bhd. (Synergy Drive) memeterai perjanjian penjualan perniagaan dengan Sime Darby Bhd., Golden Hope Plantations Bhd. dan Kumpulan Guthrie Bhd. untuk membentuk syarikat perladangan terbesar di dunia hari ini.

Perjanjian yang dimeterai lebih awal daripada tarikh akhirnya pada 29 Januari ini (2007), menyaksikan syarikat yang ditubuhkan khas itu, Synergy Drive membeli kesemua perniagaan ketiga-tiga syarikat berkenaan dan lima anak syarikat mereka, termasuk aset dan liabiliti.

25 Jan. Tenaga Nasional Bhd. (TNB) mencatat keuntungan sebelum cukai melepasi paras RM1 bilion dalam suku pertama kewangan berakhir pada 30 November 2006.

Prestasi ini didorong terutamanya oleh kadar tarif baru dan pertumbuhan permintaan pesat bekalan elektrik.

31 Jan - Malaysian Airline System Bhd. (MAS) menawarkan lima juta tiket tambang murah bagi destinasi dalam negara dan negara-negara ASEAN dengan diskaun harga tambang sehingga 70 peratus, sempena promosi jualan tahunan Malaysia Airline Travel Fair (MATF).

Tiket-tiket tambang murah yang dibeli sepanjang MATF itu sah laku selama tujuh bulan bagi perjalanan dari 24 Februari hingga 13 September tahun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.