saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 26/12/2007

Imbasan Ekonomi 2007 -- FEBRUARI

1 Feb. Senai Airport Terminal Services Sdn. Bhd. (SATS) mengambil alih Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor daripada Malaysia Airport Holdings Bhd. (MAHB).

Ia melibatkan urus niaga bernilai RM80 juta dan akan menjadikannya sebagai Pusat Logistik Asia.

2 Feb. Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) hari ini melonjak ke paras tertinggi hampir 10 tahun dengan kemasukan besar-besaran dana asing secara berterusan.

IKKL ditutup pada 1,209.48 mata, naik 20.13 mata berbanding hari sebelumnya.

5 Feb. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan kadar dividen yang tinggi sebanyak 5.15 peratus bagi tahun 2006, berbanding lima peratus pada tahun sebelumnya.

Pengerusinya, Tan Sri Samsudin Osman berkata, kenaikan kadar dividen itu adalah hasil peningkatan pendapatan yang diperolehi daripada pelaburannya.

6 Feb. Ringgit mencatat peningkatan nilai tertingginya dalam tempoh sembilan tahun iaitu pada paras 3.4955 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS$1).

Paras tertinggi itu dicatat semasa urus niaga pada sebelah pagi, sebelum ditutup melepasi paras halangannya pada RM3.50 berbanding AS$1.

7 Feb. - Jumlah dagangan di Bursa Malaysia melonjak kepada 2.347 bilion saham iaitu paras tertinggi dalam sejarah.

Peningkatan ini disebabkan oleh minat pelabur-pelabur institusi terhadap kaunter-kaunter mewah dan kaunter-kaunter berharga rendah.

9 Feb. Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) antara Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) pusingan kelima dan terakhir di Kota Kinabalu terus menemui jalan buntu ekoran kegagalan kedua-dua pihak mencapai kata sepakat mengenainya.

Penolong Wakil Perdagangan AS bagi Asia Pasifik, Barbara Weisel berkata, banyak isu sensitif yang memerlukan kedua-dua pihak untuk terus berbincang mengenainya.

13 Feb. Tabung Haji mengumumkan kadar bonus bagi tahun 2006 sebanyak 4.75 peratus kepada kira-kira 5.2 juta pendepositnya, peningkatan sebanyak 0.25 peratus berbanding tahun 2005.

Bonus yang membabitkan pembayaran sebanyak RM634 juta itu adalah yang tertinggi sejak enam tahun lalu.

16 Feb. Raja gula, Robert Kuok Hock Nien disenaraikan sebagai 40 individu terkaya di Malaysia, menurut majalah Malaysian Business. Beliau menewaskan pesaing terdekat, T. Ananda Krishnan, pemilik Maxis Communications Bhd.

16 Feb. Salah seorang pengasas Bank Bumiputra, Datuk K. Mushir Ariff Dr. Sir Kamil Mohd. Ariff, 89, meninggal dunia di Pusat Perubatan Gleneagles di Kuala Lumpur malam tadi akibat sakit jantung.

22 Feb. Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (BTMU) melabur RM1.335 bilion dalam Bumiputra-Commerce Holdings Bhd. (BCHB) melalui cadangan penempatan saham ekuiti.

Perjanjian langganan ekuiti saham yang dimeterai itu melibatkan penempatan 117 juta saham baru BCHB pada harga RM11.41 sesaham.

23 Feb. Tempoh perkhidmatan bekas Menteri Tenaga, Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Leo Moggie sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Tenaga Nasional Bhd. (TNB) dilanjutkan setahun lagi.

Pelanjutan tempoh perkhidmatan itu berkuat kuasa 12 Mac ini.

23 Feb. Telekom Malaysia Bhd. (TM) mengumumkan khidmat Datuk Abdul Wahid Omar sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan TM dilanjutkan untuk tiga tahun lagi berkuat kuasa 1 Julai 2007.

Abdul Wahid mula berkhidmat sebagai CEO Kumpulan pada 1 Julai 2004.

26 Feb. Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mencatat keuntungan RM626.6 juta, laba tertinggi dalam sejarah penubuhannya, bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu.

Bank itu turut mengumumkan dividen 15 peratus membabitkan peruntukan sebanyak RM298.5 juta kepada lebih 750,000 ahli, mulai hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.