saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 27/12/2007

Imbasan Ekonomi 2007 -- MAC

1 Mac Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) mengumumkan pelantikan ahli-ahli lembaga pengarahnya dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Datuk Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah dilantik sebagai Pengerusi KWAP.

Katanya, seramai 10 orang lagi telah dilantik sebagai Ahli Majlis, antaranya ialah Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan Kementerian Kewangan, Ibrahim Mahaludin Puteh, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam, Peguam Cara Negara, Datuk Idrus Harun, Akauntan Negara Malaysia, Datuk Mohd. Salleh Mahmud dan Ketua Pegawai Kewangan Tenaga Nasional Bhd., Mohd. Izzaddin Idris.

2 Mac Australia dan New Zealand Banking Group Ltd (ANZ) akan memegang ekuiti sebanyak 24.95 peratus dalam AMMB Holdings Bhd. (AmBank Group) dengan termeterainya perjanjian muktamad masing-masing dengan AHB dan AmcorpGroup Bhd. (Amcorp) hari ini.

Di samping itu, Kumpulan AmBank dan ANZ juga telah memeterai perjanjian bagi penyediaan perkhidmatan teknikal dan pengurusan oleh ANZ kepada AmBank Group, kata AmBank Group dalam satu kenyataan.

8 Mac Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) telah memenangi bida untuk mengambil alih keseluruhan kepentingan milik Utama Banking Group Bhd. (UBG) sebanyak 32.8 peratus dalam RHB Capital Bhd.

KWSP dipilih oleh UBG selepas ia menaikkan tawaran pengambil alihannya daripada RM2.201 bilion kepada RM2.252 bilion.

13 Mac Malaysia Airports Holding Bhd. (MAHB) melakar kejayaan lagi apabila lapangan terbang kemegahannya, Lapangan Terbang KL (KLIA) di Sepang mengukuhkan kedudukannya sebagai lapangan terbaik dunia bagi kategori 15-25 juta penumpang setahun menerusi anugerah Perkhidmatan Kualiti Lapangan Terbang 2006 oleh Majlis Lapangan Terbang Antarabangsa (ACI).

Dalam kategori itu, Lapangan Terbang San Diego, Amerika Syarikat dan Lapangan Terbang Zurich, Switzerland masing-masing menerima anugerah tempat kedua dan ketiga pada satu majlis yang diadakan sempena Forum Perniagaan dan Triniti ACI, anjuran Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai.

17 Mac Sebanyak 2,000 tiket percuma disediakan syarikat penerbangan komuniti pertama Malaysia, FireFly yang dilancarkan hari ini bertujuan memperkenalkan perkhidmatannya kepada orang ramai.

Tiket tersebut bagaimanapun terhad untuk penerbangan pada bulan April sahaja.

20 Mac Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan memendekkan tempoh kelulusan 60 peratus permohonan pengecualian pelaksanaan tawaran awam mandatori (MGO) kepada sehari berbanding 21 hari sebelum ini, berkuatkuasa serta merta.

Menurut kenyataan SC, kelulusan yang lebih pantas itu hanya bagi permohonan terbitan sekuriti baru, pemilikan baki saham sesebuah syarikat yang belum dimiliki oleh individu ataupun apabila sesebuah syarikat membeli saham pengundian syarikat mereka sendiri.

21 Mac Tan Sri Dr. Arshad Ayub menerima Anugerah Mutiara Budi, iaitu pengiktirafan tertinggi Kementerian Kewangan, atas jasa besar beliau dalam merangka dasar-dasar kewangan negara, perancangan ekonomi, perusahaan pertanian dan pembangunan wilayah sejak tiga dekad lalu.

Arshad, 79, yang juga bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Wilayah begitu sinonim dengan pembangunan institusi pendidikan profesional Melayu terawal iaitu Kolej Mara sebagai Pengetua sebelum menjawat Pengarah Pertama dari 1967 hingga 1975 selepas dinaik taraf menjadi Institut Teknologi Mara.

26 Mac Sebuah lagi bank Islam asing, Asia Finance Bank Bhd. (AFB) yang diketuai oleh konsortium Qatar Islamic Bank memulakan operasinya.

Bank tersebut merupakan bank Islam asing ketiga beroperasi di negara ini, selepas Kuwait Finance House (M) Bhd. (KFHB) dan Bank Al Rajhi Malaysia.

26 Mac Affin Investment Bank Bhd. (Affin Investment) mengumumkan pelantikan Maimoonah Mohamed Hussain sebagai Pengarah Urusannya yang baru berkuat kuasa hari ini.

Affin Investment dalam kenyataannya di sini berkata, Maimoonah, 49, sebelum ini memegang jawatan Pengarah Pasaran Modal & Hutang Affin Bank Bhd.

27 Mac Bank Negara Malaysia (BNM) memeterai memorandum persefahaman (MoU) dengan Pihak Berkuasa Pengawalseliaan Pusat Kewangan Qatar (QFCRA) dan Pihak Berkuasa Perkhidmatan Kewangan Dubai (DFSA) bagi mewujudkan hubungan kerjasama membangunkan kewangan Islam dalam tiga bidang.

Antara bidang itu ialah kerjasama dalam membina upaya dan pembangunan modal insan dalam kewangan Islam, saling bekerjasama dalam pembangunan kewangan Islam antarabangsa dan ke arah mengharmonikan prinsip Syariah dan inisiatif penggalakkan strategik

29 Mac Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), pengurus dana milik Permodalan Nasional Bhd. (PNB) mengekalkan kadar agihan pendapatan bagi ketiga-tiga dana di bawah naungan Amanah Saham Gemilang (ASG) iaitu ASG-Kesihatan, ASG-Pendidikan dan ASG-Persaraan bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Mac ini.

Pengerusi PNB, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, para pemegang dana ASG-Kesihatan akan menerima agihan pendapatan sebanyak 6.75 sen seunit, ASG-Pendidikan sebanyak 6.50 sen sementara ASG-Persaraan menerima 6.25 sen seunit.

29 Mac - Malaysian Airline System Bhd. (MAS) memeterai perjanjian perkongsian kod dengan South African Airways (SAA) di Johannesburg, Afrika Selatan sebagai sebahagian strategi pusat dan jaringan peringkat antarabangsa untuk mengukuhkan kedudukannya di benua Afrika.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif MAS, Datuk Seri Idris Jala berkata, dengan perjanjian itu, penumpang SAA akan menggunakan pesawat MAS untuk penerbangan dari Johannesburg ke beberapa negeri di Malaysia dan bandar-bandar besar di negara serantau termasuk Jakarta, Denpasar, Manila, Bangkok dan Phuket, mulai 1 Jun ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.