saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 28/12/2007

Imbasan Ekonomi 2007 -- MEI

11 Mei – Suruhanjaya Sekuriti (SC) yang mengemas kini nama syarikat dan web dalam Senarai Amaran badan itu, hari ini mengeluarkan tiga syarikat dan lima laman web, yang sebelum ini menjalankan kegiatan yang disifatkan melanggar undang-undang sekuriti.

Ketiga-tiga syarikat yang dikeluarkan daripada senarai itu ialah Lamp Berger dan Matrix Cash, dan Jai Network Sdn. Bhd., tetapi SC mengekalkan Jai Network System Sdn. Bhd. dalam senarai tersebut kerana kedua-duanya adalah syarikat berbeza, manakala laman web yang dikeluarkan ialah Gold Quest/Quest International (www. goldquest.com), Quest International (www. goldquest.com), Quest (www.quest.net), Solid Group (www.solidworldwide.org) dan www.32505.com.

Pada masa yang sama, laman web SC (www.sc.com.my) menyenaraikan satu lagi laman web dalam Senarai Amaran tersebut iaitu ABFund (www.abfund.us).

13 Mei – Tujuh syarikat milik kerajaan (GLC), yang memiliki kepentingan dalam Maxis Communications Bhd. (Maxis) bakal menerima ‘durian runtuh’ lebih RM7 bilion berikutan pembelian syarikat telekomunikasi itu oleh tokoh korporat terkenal, T. Ananda Krishnan.

GLC terbabit ialah Permodalan Nasional Bhd. (PNB), Tabung Haji, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Khazanah Holdings Bhd., ValueCap Sdn. Bhd. (Valuecap) dan Misc GLIs.

21 Mei – Bursa Malaysia Bhd. dan penyedia indeks pelaburan global, Kumpulan FTSE hari ini melancarkan Indeks Syariah Hijrah, pertama seumpamanya di dunia bagi menarik pelabur antarabangsa melabur di pasaran modal tempatan.

Indeks berkenaan juga boleh digunakan untuk produk pelaburan berteraskan Syariah seperti Dana Exchange Traded (ETFs).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.