saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 28/12/2007

Imbasan Ekonomi 2007 -- JUN

6 Jun Pengarah Urusan Malaysian Airline System Bhd. (MAS), Datuk Seri Idris Jala dipilih menjadi ahli lembaga pengarah International Air Transport Association berkuat kuasa hari ini hingga tahun 2010.

Idris merupakan rakyat Malaysia pertama dipilih menganggotai persatuan itu dalam tempoh 63 tahun, bersama-sama 30 peneraju syarikat penerbangan lain termasuk Air France, Qantas dan Singapore Airlines.

22 Jun Suruhanjaya Sekuriti hari ini menyekat akses ke atas dua lagi laman web, iaitu www.danafutures.com dan www.planet. time.net.my/KLCC/danafutures, yang menawarkan skim pelaburan tidak sah.

26 Jun Bank Negara Malaysia mengumumkan bahawa pemegang kad kredit bakal menikmati kadar faedah lebih rendah sebanyak 15 dan 17 peratus setahun sekiranya membuat bayaran balik pinjaman minimum tepat pada masanya bagi tempoh sekurang-kurangnya 10 hingga 12 bulan, secara berturut-turut mulai 1 Julai 2008.

Mereka yang lewat membuat bayaran balik minimum itu akan dikenakan bayaran tambahan satu peratus daripada jumlah baki tertunggak atau RM10, yang mana lebih tinggi.

Pada masa ini, pemegang kad dikenakan faedah 18 peratus setahun dan mereka yang lewat dikenakan bayaran tambahan satu peratus daripada jumlah bayaran balik minimum atau RM5 yang mana lebih tinggi.

30 Jun Tokoh perniagaan Johor, Syed Ali Alattas dipilih sebagai Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) setelah menewaskan penyandang jawatan, Datuk Seri Abdul Rahman Maidin dalam perebutan satu lawan satu.

Pasukan pilihannya juga menyapu bersih semua jawatan iaitu Timbalan Presiden, tiga Naib Presiden dan lima ahli Majlis Eksekutif DPMM (MED).

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.