saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 28/12/2007

Imbasan Ekonomi 2007 -- JULAI

4 Julai Malaysia merupakan penerbit sukuk terbesar dunia menguasai 67 peratus daripada jumlah yang belum ditebus, kata Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Perdana Menteri berkata, negara juga mempelopori bon berdaulat Islam itu di peringkat antarabangsa apabila melancarkan sukuk pertama bernilai RM2,040 juta (AS$600 juta) pada Jun 2002.

3 Julai Exim Bank of China, Bank Pembangunan Malaysia dan Kerajaan Malaysia menandatangani perjanjian pinjaman berjumlah AS$800 juta (RM2.7 bilion) untuk projek jambatan kedua Pulau Pinang hari ini.

Pinjaman berkenaan merupakan yang terbesar pernah diberikan oleh China untuk satu projek di negara luar, termasuk kadar faedah sebanyak tiga peratus selama 20 tahun.

9 Julai Tempoh jawatan Datuk Azizan Abd Rahman sebagai Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Luar Pesisir Labuan (LOFSA) dilanjutkan dua tahun lagi, berkuatkuasa 1 Julai ini setelah memegang jawatan itu sejak Julai 2005.

18 Julai Permodalan Nasional Bhd. hari ini mencatat rekod apabila kesemua 500 juta unit tambahan Amanah Saham Malaysia (ASM) yang mula dijual hari ini, habis dalam masa 39 minit.

Sebanyak 22,816 pelabur berjaya membeli ASM di semua cawangan dan ejen PNB yang dibuka serentak mulai pukul 9.30 pagi dengan purata setiap pelabur memperoleh 21,000 unit.

30 Julai Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan pelan terperinci pembangunan sosioekonomi Wilayah Ekonomi Koridor Utara di Alor Star, Kedah yang bakal menjadi antara teras utama agenda pembangunan kerajaan.

30 Julai Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan tiga jenis syiling peringatan sempena ulang tahun kemerdekaan negara ke-50.

Syiling-syiling itu yang dikeluarkan dalam emas, perak dan emas nordik itu dilancarkan oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, di sini hari ini.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.