saya nak baca ..

KORPORAT


ARKIB : 29/12/2007

Ford Motor lupus ekuiti kepada Sime Darby

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Syarikat pengeluar kereta terkemuka Amerika Syarikat, Ford Motor Company hari ini mengumumkan pelupusan ekuiti 49 peratus yang dipegangnya dalam Ford Malaysia Sdn. Bhd. (Ford Malaysia) kepada rakan kongsinya, Sime Darby Berhad (Sime Darby) melibatkan transaksi bernilai RM43.9 juta.

Pada masa ini, Sime Darby sudah memiliki 51 peratus kepentingan dalam Ford Malaysia.

Pelupusan ekuiti itu akan disusuli dengan penutupan kilang Associated Motor Industries Malaysia Sdn. Bhd. (AMI), yang menjadi pusat pemasangan kenderaan trak Ford di Shah Alam. AMI adalah anak syarikat milik penuh Ford Malaysia.

Namun begitu, Ford Motor Company mengekalkan pemilikan ekuitinya dalam sebuah lagi kilang iaitu Swedish Motor Assembly (SMA), yang memasang kenderaan Volvo di Shah Alam. Volvo merupakan anggota Kumpulan Ford global.

Pengarah Urusan Ford Malaysia, Tim Tucker berkata, ini bermakna Sime Darby akan mengambil alih sepenuhnya peranan pengimportan dan pengedaran kenderaan Ford di negara ini setelah syarikat Ford Malaysia dilupuskan.

Para pemilik kenderaan Ford tidak perlu bimbang dengan perkembangan itu, kerana penawaran model baru dan khidmat servis selepas jualan tidak terjejas kerana transaksi yang berlaku hanya melibatkan pemilikan syarikat, katanya kepada Utusan Malaysia hari ini.

Menurutnya, keputusan melupuskan ekuiti tersebut bermakna Ford akan merasionalkan model pengurusan perniagaannya di rantau ini dengan berpusat di Thailand.

Beliau berkata, langkah Ford itu berkait rapat dengan proses rasionalisasi yang dilakukannya di peringkat global, yang menyaksikan syarikat tersebut menutup 12 kilangnya di seluruh dunia.

Proses rasionalisasi Ford di peringkat global, ujar beliau, turut menyaksikan syarikat automotif AS itu membuat pelaburan besar dalam operasi pemasangan di Asia, terutamanya di Thailand dan China.

Di Malaysia, ujar beliau, hakikatnya jualan kereta Ford adalah lemah dan hanya tertumpu pada segmen kenderaan utiliti sports (SUV) dan trak pikap iaitu satu peratus daripada keseluruhan bahagian pasaran automotif negara ini.

‘‘Rantau Asia Pasifik merupakan keutamaan tertinggi bagi Ford dan adalah penting untuk mengekalkan struktur perniagaan yang berdaya maju di setiap pasaran dengan pulangan hasil yang wajar dan berterusan kepada pelaburan kami.

‘‘Dengan merasionalkan kapasiti pengeluaran tempatan kami, kami akan berkeupayaan memenuhi keperluan bagi pasaran Malaysia dengan lebih baik lagi,” katanya.

Tucker berkata, keputusan tersebut dibuat setelah Ford Motor Company dan Sime Darby mengadakan kajian semula secara menyeluruh terhadap perniagaan kereta Ford di Malaysia, sejak Julai lalu, bagi mengenal pasti model perniagaan yang bersesuaian untuk melangkah ke hadapan.

Menurutnya, beberapa faktor menyumbang kepada keputusan yang dicapai oleh para pemegang saham itu, termasuk keperluan bagi memaksimumkan kapasiti kilang agar sejajar dengan unjuran keluaran industri.

Kajian itu juga meliputi tinjauan kapasiti di tiga kilang pemasangan kenderaan iaitu AMI dengan SMA di Shah Alam dan kilang Inokom di Kulim, Kedah, milik Sime Darby.

‘‘Ketiga-tiganya beroperasi di bawah kapasiti. Dengan menutup satu kilang, Sime Darby merasakan hasrat untuk memaksimumkan kapasiti akan dicapai termasuk kaedah mempelbagaikan lagi model kenderaan yang dipasang di situ.

‘‘Dengan memiliki operasi CKD, ia memberikan kami pilihan di masa depan untuk terus mengembangkan perniagaan di rantau ini. Walaupun bilangan jualan yang kecil menerusi pasaran-pasaran yang ditembusi Sime Darby, ia boleh memberi kami kos berkesan dalam operasi pemasangan,” katanya.

Pasaran Malaysia, menurutnya, mungkin ‘paling teruk menderita’ disebabkan tiada penawaran model kereta yang sesuai kerana Ford di negara ini popular dengan trak pikap dan SUV tetapi secara umumnya, Malaysia adalah pasaran kereta penumpang.

Tucker juga memberi jaminan, segala tindakan telah diambil bagi memastikan kebajikan kira-kira 500 pekerjanya tidak diabaikan apabila operasi Ford Malaysia dan kilang AMI ditutup.

‘‘Kami menawarkan Skim Pemberhentian Kerja Sukarela (VSS) antara tiga bulan hingga enam bulan iaitu lebih daripada 60 hari seperti yang ditetapkan dalam undang-undang buruh Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.