saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/12/2007

Vanida, Rashidi juara Sehati Berdansa


RASHIDI Ishak dan Vanida Imran juara Sehati Berdansa bersama trofi kemenangan di PICC, Putrajaya, malam tadi.


PUTRAJAYA 29 Dis. – Seperti yang diramal ramai pihak, pasangan Vanida Imran dan Rashidi Ishak menjadi pasangan pertama yang dinobatkan sebagai Raja dan Ratu Sehati Berdansa yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini malam ini.

Dengan membawakan tarian berentak joget dan samba, pasangan romantis itu berjaya membawa pulang hadiah yang berjumlah RM200,000 yang merangkumi sebuah kereta BMW Mini One (1.4cc), pakej bulan madu ke Paris, Perancis serta trofi.

Hadiah telah disampaikan oleh Ketua Program Melayu Astro Ria, Haris Ismail.

Bukan itu sahaja, mereka juga berjaya mengumpulkan wang sebanyak RM15,000 untuk disalurkan ke rumah kebajikan yang mereka wakili iaitu Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia.

Kemenangan mereka juga membawa tuah kepada koreografer pasangan tersebut, Sazlan Mat Adnan atau Lan, 34, apabila dinobatkan sebagai Koreografer Terbaik dengan membawa pulang hadiah berupa pakej pelancongan ke Paris di samping sebuah trofi.

Vanida atau Vee yang juga baru sahaja dinobatkan sebagai Aktres Filem Terbaik pada Anugerah Skrin Ke-9 yang lalu menyifatkan kemenangannya sebagai membalas segala pengorbanannya dan suami sepanjang sembilan minggu program tersebut berlangsung.

“Alhamdulillah, rezeki menjadi milik kami malam ini dan kemenangan ini ternyata memberi satu pendedahan baru kepada kami yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam tarian ini.

“Pada saya, kesemua lapan pasangan yang bertanding dalam program ini bagus sekali dan menerusi Sehati Berdansa ini juga, banyak yang telah kami pelajari. Terima kasih juga kepada pengundi yang banyak menyokong kami,” katanya sambil disokong oleh Rashidi.

Walaupun tidak menjadi juara Sehati Berdansa, bagi Ngasriah Ngasri atau Anne, 23, dan suaminya, Abdul Wafi Hassan atau Wafi, 26, pengalaman menyertai program ini begitu menyeronokkan di samping mendalami ilmu dan skil tarian.

“Namun begitu, kami tetap berbangga kerana dapat mengumpul wang sebanyak RM10,000 untuk disalurkan ke Persatuan Kebangsaan Yayasan Sindrom Down Kiwanis,” katanya.

Pada malam itu juga seramai tiga orang juri ditampilkan iaitu Linda Jasmine Hashim dan Fathee Abdullah selaku juri tetap dan selebriti terkenal, Fauziah Ahmad Daud atau Ogy sebagai juri undangan.

Sehati Berdansa yang dihoskan oleh Linda Onn dan Fahrin Ahmad itu juga disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro 104. Juara Akademi Fantasia 5, Mila dan Ferhad turut membuat persembahan menerusi lagu Mila, Bila Cinta dan Serentak.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.