saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 30/12/2007

Bad dan Elle harap sinar bahagia

Selepas bertahun memendam duka akibat putusnya cinta dengan pelakon drama Amyza Aznan tidak lama dulu, akhirnya jodoh datang menjengah dalam hidup Bad, bekas anggota kumpulan Indigo.

Siapa sangka, pertemuan Bad atau nama sebenarnya Badrul Izhan Yeop Abdullah, 32, dengan Suhaila Mohd. Tajuddin, 21, pada bulan Februari tahun lalu, tirai hubungan diikat dengan perkahwinan.

Bad dan Suhaila atau Elle selamat melangsungkan pernikahannya pada 15 Disember lalu di rumah keluarga perempuan di Tanjung Agas, Muar, Johor. Pihak lelaki memberikan wang hantaran sebanyak RM10,000.

Majlis persandingan secara sederhana diadakan oleh pihak lelaki pada 24 Disember lalu di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya yang dihadiri rakan dan saudara terdekat.

Mengimbas kembali detik percintaan Bad dengan Amyza Aznan itu, masih ingat lagi bagaimana istimewanya kisah cinta mereka. Setiap hari ada saja kuntuman bunga ros daripada Bad yang dijadikan kejutan untuk kekasih hatinya itu sebagai tanda sayang sebuah ikatan kasih.

Masih juga teringat ketika kekecewaan hubungan itu menyapa dirinya, Bad bagaikan tidak terdaya bagaimana hendak menempuh dugaan tersebut.

Ketika menyaksikan kemuncak kekecewaan di depan matanya Bad masih tidak dapat melupakan bagaimana pasrah hidup untuk menempuh dugaan sepahit itu.

Mengakui apa yang berlaku sebagai se buah dugaan, akui Bad itulah padahnya apabila memberi seratus peratus cinta kepada seseorang.

Ketika itu Bad terlalu tergopoh-gapah untuk memberikan perasaan yang belum pasti akan berakhir dengan kegembiraan.

“Apabila bercinta, ingatlah, jangan sesekali memberi seluruh cinta kita. Simpan sedikit ia sebagai kekuatan untuk diri kita sekiranya berlaku kekecewaan,” kata Bad.

Mengambil masa yang lama mencari kekuatan untuk bangun semula, kata Bad, apa yang terjadi itu sebenarnya memberi banyak pengajaran. Ia menjadikan Bad lebih matang dan dewasa untuk menempuh alam percintaan dan perkahwinan selepas pengalaman itu.

Walau apa pun Bad menerima kenyataan sudah tiada jodoh di antara mereka. Apa nak buat?

Syukurlah tidak mengambil masa yang lama, berkenalan dengan Elle pada Februari tahun lalu melalui seorang rakan, akhirnya kedua mereka menyatakan hasrat untuk lebih serius.

Setahun hubungan itu dimeterai akhirnya kedua mereka mengikat tali pertunangan pada 19 Mei lalu.

Mengharapkan sinar dan kebahagiaan bakal menyinari kehidupan mereka berdua, walaupun isterinya itu 11 tahun lebih muda daripadanya namun mereka yakin dapat membina mahligai indah sebagai suami isteri.

“Saya sukakan Elle kerana dia menjaga dan membelai saya, iaitu sesuatu yang saya impikan daripada seorang isteri.

“Malah sifatnya yang kadangkala macam kebudak-budakan itu membuatkan hati saya sentiasa terhibur. Inilah cinta saya yang sebenar,” ujar Bad yang bertugas sebagai penerbit acara di KRU Music Group.

Selepas sah sebagai suami isteri Bad dapat merasakan satu perasaan yang lain hadir dalam dirinya. Malah sebagai seorang suami, mulalah satu tanggungjawab baru untuk dia lakukan terhadap rumah tangga yang baru dibina itu.

“Bukan senang nak jaga anak orang. Saya kena jadi seorang suami yang bertanggungjawab untuk isteri dan anak-anak nanti,” katanya.

Dengan memilih destinasi dalam negara untuk berbulan madu, Bad dan Elle akan berangkat ke Langkawi pada awal Januari ini.

Diikuti dengan Pangkor hujung Januari, mereka akan meneruskan percutian di Pulau Tioman dan Bali, Indonesia selepas itu.

Apa yang diharapkan oleh Bad, mudah-mudahan ikatan kisah cinta mereka yang dimeterai dengan perkahwinan itu akan kekal buat selama-lamanya.

“Doakanlah kebahagiaan kami dan hubungan ini kekal sampai bila-bila,” katanya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.