saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 31/12/2007

Khir jumpa pengerusi kuil Jumaat ini

31/12/2007 8:54:04 p.m.

KUALA LUMPUR 31 Dis — Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo akan mengadakan perjumpaan dengan semua pengerusi kuil di negeri itu pada Jumaat ini bagi membincangkan masalah membabitkan rumah ibadat penganut Hindu.

Pengerusi Majlis Hindu Malaysia, Datuk R. Nadarajah berkata, perjumpaan di Batu Caves di sini dijangka dihadiri kira-kira 800 pengerusi kuil di seluruh Selangor.

“Kami akan menggunakan peluang tersebut untuk membincangkan masalah atau isu berkaitan kuil dan berharap beliau (Dr Khir) dapat membantu kami menyelesaikannya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Nadarajah berkata, sehubungan itu satu memorandum berkaitan masalah serta isu melibatkan kuil akan diserahkan kepada Dr Mohamad Khir untuk perhatian kerajaan negeri.

Beliau yang juga Pengerusi Sri Mariamman Temple Dhevasthanam turut meminta kerjasama semua pengerusi atau wakil semua kuil sama ada yang berdaftar ataupun tidak untuk menghadiri perjumpaan yang julung kali diadakan itu.

“Kami berharap perjumpaan seumpama ini akan turut diadakan di negeri lain kerana ia peluang yang baik untuk berbincang dan menyelesaikan sebarang masalah yang timbul dengan baik,” katanya.- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.