saya nak baca ..

FORUM


ARKIB : 31/12/2007

Siasat pendakwah Kristian guna bahasa Malaysia

Pada minggu lalu, Kementerian Dalam Negeri melarang penggunaan perkataan Allah untuk artikel dakwah agama Kristian dalam The Herald. Kementerian antara lain menegaskan bahawa adalah tidak wajar sama sekali artikel agama Kristian dalam bahasa Malaysia menggunakan Allah sebagai ganti perkataan God.

Pada hemat saya, tindakan ini merupakan satu langkah yang amat tepat dan wajar.

Namun terdapat usaha sekumpulan paderi Kristian, beberapa pemimpin pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) yang cuba memberi imej buruk kepada kerajaan, memberi wawancara kepada media luar negara serta menghasut penganut Kristian sedia ada supaya mencabar keputusan kerajaan ini.

Mereka mendakwa sesiapa sahaja berhak menggunakan nama Allah kerana orang Arab Kristian turut menggunakan nama Allah bagi menggantikan perkataan God.

Justeru, hujah mereka adalah tidak salah untuk The Herald, menggantikan perkataan God kepada Allah dalam bahan-bahan dakwahnya yang diterbitkan dalam bahasa Malaysia.

Alasan mereka Allah merupakan kata umum bagi God dalam bahasa Arab. Alasan mereka ada rasionalnya.

Namun penggunaan perkataan Allah sebagai ganti God dalam ajaran Kristian berbahasa Malaysia adalah berniat jahat dan bermotifkan sesuatu usaha yang dilarang oleh Perlembagaan Malaysia, iaitu menjalankan pendakwahan agama lain ke atas orang Melayu.

Bagi orang Melayu dan juga budaya sosial di Malaysia, perkataan Allah bukan sahaja merupakan bahasa Arab yang membawa maksud Tuhan, tetapi juga sudah menjadi satu rujukan khusus sebagai Tuhan yang Esa dalam Islam.

Sudah beratus tahun, perkataan Allah diterima sebagai satu rujukan khusus kepada Tuhan orang Islam di negara ini. Malahan dalam bahasa Malaysia juga ejaan Allah menggunakan huruf besar yang menunjukkan rujukan nama khas, bukannya nama umum. Justeru secara budaya pun di negara ini Allah merupakan nama khas Tuhan orang Islam.

Mengapa status quo ini mahu dicabar, dirombak dan diruntuhkan? Siapakah di sebalik kumpulan ini?

Lebih meragukan, mereka menulis bahan agama Kristian dalam bahasa Malaysia tetapi menggantikan perkataan God kepada bahasa Arab Allah.

Jika benar mereka mahu menterjemahkan God ke dalam bahasa Malaysia maka perkataan yang sewajarnya ialah Tuhan.

Mengapa mereka tidak mahu menggunakan perkataan Tuhan sebagai ganti God?

Alasan bahawa Allah merupakan bahasa Arab yang bermaksud tuhan mungkin relevan jika artikel dakwah agama Kristian tersebut ditulis dalam bahasa Arab.

Sebaliknya, oleh kerana bible atau bahan agama Kristian ini ditulis dalam bahasa Malaysia, maka perkataan yang sewajarnya menggantikan God ialah Tuhan.

Mengapa kedudukan dan konsep ini perlu dipersoalkan hari ini? Siapakah mereka ini yang kelihatan begitu berusaha meruntuhkan struktur sosial dan agama yang telah wujud sejak beratus tahun lalu di Tanah Melayu?

Bukankah tujuan mereka ini begitu jelas? Untuk mewujudkan kekeliruan agama di kalangan generasi muda Melayu. Selebihnya, bukankah ini kelihatan jelas usaha-usaha mewujudkan provokasi bagi tujuan mencetuskan ketegangan kaum dan agama?

Mereka ini mahu mencabar kedudukan agama Islam dan struktur sosial orang Melayu di Malaysia dan melihat sejauh mana kerajaan berani bertindak.

Sebagai orang Islam, kita juga mungkin wajar mempersoalkan mengapa perlu bahan dakwah Kristian dalam bahasa Malaysia? Apakah ini bukan bertujuan berdakwah kepada orang Melayu? Apakah mendakwah agama lain selain Islam kepada orang Melayu tidak lagi salah menurut Perlembagaan Malaysia? Jika salah apakah tindakan kerajaan?

AB. JALIL BACKER,

Petaling Jaya.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:40
Zuhur 1:13
Asar 4:37
Maghrib 7:21
Isyak 8:35



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.