saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 31/12/2007

Imbasan Ekonomi 2007 -- OKTOBER

3 Okt. – Kabinet hari ini meluluskan peruntukan tambahan sebanyak RM141 juta kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bagi membangunkan Taman Botani Negara, Shah Alam, yang dulunya dikenali sebagai Taman Pertanian Bukit Cherakah.

Menterinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pada masa ini semua masalah berkaitan dengan status tanah sudah selesai selepas kerajaan negeri bersetuju memberikan pajakan selama 60 tahun ke atas kawasan seluas 817 hektar kepada kementerian.

5 Okt. – Malaysia berada pada kedudukan antara 20 ekonomi utama dunia yang menarik bagi pelaburan langsung asing (FDI), demikian menurut Kajian Prospek Pelaburan Dunia 2007-2009 FDI yang diumumkan hari ini.

Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (Unctad) berkata, Malaysia berada pada kedudukan ke-14, di hadapan Indonesia yang berada pada tangga ke-15 dan Singapura yang berada satu kedudukan di bawahnya. Lima negara Asia Tenggara kekal menjadi destinasi menarik FDI.

7 Okt. – Dubai World yakin dengan potensi pusat maritim bernilai AS$5 bilion (RM17.06 bilion) yang akan dibangunkan di Johor Selatan bersama-sama MMC Corporation Bhd., sebuah kumpulan utiliti dan prasarana.

“Kami begitu yakin dengan pusat maritim yang akan dibina dengan rakan kongsi kami, MMC. Gabungan pengalaman dan rangkaian global kami (dengan MMC) akan membolehkan kami menghasilkan projek yang boleh memberi manfaat kepada peserta industri, Taman Logistik Zon Bebas dan yang pastinya, melengkapkan inisiatif pembangunan Wilayah Pembangunan Iskandar Kerajaan Malaysia,” kata Pengerusinya, Sultan Ahmed Sulayem dalam satu kenyataan.

26 Okt. – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menggunakan sistem baru bagi mengira dividen akaun pencarum berdasarkan ‘kiraan harian’ atau ‘daily rest’ pada tahun ini.

Formula pengiraan jumlah dividen pencarum mengikut sistem baru itu berkuat kuasa pada Januari tahun ini. Formula baru itu adalah seperti berikut: (1/365 x kadar dividen x RM caruman).

29 Okt. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini melancarkan pelan pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) membabitkan pelaburan RM112 bilion dalam tempoh 12 tahun akan datang bagi menangani ketidakseimbangan ekonomi di wilayah berkenaan.

Di bawah pembangunan ECER, 227 projek akan dilaksanakan bagi mempercepatkan pertumbuhan wilayah itu untuk dinikmati kira-kira 3.9 juta penduduk Pahang, Terengganu, Kelantan dan daerah Mersing di Johor.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.