saya nak baca ..

EKONOMI


ARKIB : 31/12/2007

Imbasan Ekonomi 2007 -- DISEMBER

1 Dis. Walaupun China dan India terus menjadi pilihan utama, namun Malaysia kini dipilih menduduki kedudukan ke-16 daripada 25 destinasi pelaburan langsung asing (FDI) utama dunia.

China ialah destinasi nombor satu FDI di dunia, diikuti India. Tiga negara ASEAN lain turut berada dalam senarai itu - Singapura di tempat ketujuh, Vietnam ke-12 dan Indonesia tempat ke-21, demikian menurut kajian yang dikeluarkan oleh perunding pengurusan strategik global, A.T. Kearney.

12 Dis. Suruhanjaya Sekuriti (SC) hari ini mengumumkan lapan inisiatif baru dalam usaha menarik kemasukan syarikat asing sama ada untuk penyenaraian kali pertama atau penyenaraian berganda di Bursa Malaysia.

Pengerusi SC, Datuk Zarinah Anwar berkata, inisiatif itu juga bertujuan menjadikan Bursa Malaysia sebagai destinasi utama penyenaraian bagi syarikat domestik.

21 Dis. Bank Negara Malaysia (BNM) merancang memperkenalkan reka bentuk baru untuk semua wang kertas dan duit syiling yang digunakan di negara ini, secara berperingkatperingkat dalam tempoh beberapa tahun akan datang mulai dari sekarang.

Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz berkata, langkah itu adalah kerana wang kertas dengan reka bentuk yang ada sekarang telah digunakan dalam pasaran sejak 12 tahun lalu.

24 Dis. Persekutuan Akauntan ASEAN (AFA) telah memilih Presiden Institut Akauntan Malaysia (MIA) Nik Mohd Hasyudeen Yusoff, sebagai Naib Presiden AFA.

Presiden Institut CPA Brunei Darussalam, Pengiran Moksin, dipilih sebagai Presiden AFA, katanya.

26 Dis. Harga niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives mencecah paras tertinggi baru hari ini berikutan kebimbangan keluaran mungkin berkurangan sebanyak 18 peratus, kata para peniaga.

Bulan kontrak Mac 2008 naik RM50 untuk ditutup kepada paras tertinggi baru pada RM3,080 setan mengatasi paras ketinggian RM3,068 setan pada 26 November.

27 Dis. Amanah Saham Nasional Bhd. (ASNB), anak syarikat milik penuh Permodalan Nasional Bhd. (PNB), mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 6.25 sen seunit bagi skim Amanah Saham Nasional (ASN) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2007.

Pengerusi PNB, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid berkata, kadar pengagihan pendapatan tahun ini meningkat sebanyak 0.75 sen berbanding 5.50 sen tahun lalu.

28 Dis. Harga saham di Bursa Malaysia hari ini mencecah paras tertinggi baru pada 1,447.04 mata pada hari terakhir urus niaga minggu ini, menjelang penutup tirai tahun 2007.

Indeks Komposit Kuala Lumpur (IKKL) hari ini naik 9.22 mata atau 0.64 peratus berbanding semasa ditutup semalam pada 1,437.82.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.