saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 01/01/2008

Kuala Terengganu diisytihar bandar raya

01/01/2008 9:33:14 p.m.

KUALA TERENGGANU 1 Jan — Ibu negeri Terengganu, Kuala Terengganu hari ini secara rasmi diisytihar menjadi bandar raya, yang ke-12 di negara ini, dengan pihak berkuasa tempatannya dikenali sebagai Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Pemangku Raja Terengganu, Tengku Muhammad Ismail Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan majlis pengisytiharan itu di Istana Maziah di sini, kira-kira 8.30 pagi.

Upacara majlis perisytiharan bermula apabila Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Azizah Mohd Dun mempersembahkan watikah perisytiharan MBKT sebagai Bandaraya Warisan Persisir Air kepada Tengku Muhammad Ismail yang kemudiannya menyerahkan Surat Cara kepada Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh.

Serentak dengan itu, Idris kemudiannya mengadap Pemangku Raja Terengganu serta membaca Surat Cara pelantikan Datuk Mat Razali Kassim sebagai Datuk Bandar Kuala Terengganu sebelum baginda berkenan mengalungkan Kalung Jawatan serta menyerahkan Cokmar kepada Mat Razali.

Mat Razali sebagai Datuk Bandar Kuala Terengganu yang pertama kemudiannya mengadap dan melafazkan penerimaan jawatan serta mempersembahkan ikrar setia.

Ketika ditemui selepas majlis itu, Idris berkata, warga kota baru itu akan mendapat faedah yang lebih dan kehidupan yang lebih baik serta berkualiti setelah Kuala Terengganu menjadi bandar raya.

“Apabila menjadi bandar raya, peluang perniagaan dan pekerjaan akan bertambah kerana peruntukan untuk kemudahan awam akan ditambah seperti pembinaan jejambat, jambatan dan jalan-jalan baru bagi mengurangkan kesesakan jalan raya,” kata beliau.

Mengenai pelantikan Mat Razali, Idris berkata, Datuk Bandar itu perlu lebih bertanggungjawab untuk melaksanakan kehendak warga bandar raya.

“Datuk Bandar perlu lebih tegas dalam menjalankan tugasnya serta mengetahui visi apakah itu bandar raya serta dapat memenuhi kehendak penghuninya. Saya percaya Mat Razali mampu menjalankan tugas dengan baik berdasarkan pengalaman luasnya sebagai pegawai tadbir negeri (JUSA C),” katanya.

Mat Razali pula berkata, pelantikannya itu bukan satu keistimewaan sebaliknya ia merupakanan amanah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin.

Beliau berjanji untuk melaksanakan tanggungjawab itu dengan penuh dedikasi bagi memajukan Kuala Terengganu yang merupakan bandar raya pertama di Pantai Timur.

Mat Razali, 53, yang dilahirkan di Kuala Berang, sebelum ini merupakan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan) dan berkelulusan Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.