saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 02/01/2008

‘Sayalah orangnya’ -- Pengakuan Menteri Kesihatan mengenai isu DVD seks libatkan ahli politik


PENGAKUAN... Chua Soi Lek menjelaskan mengenai pembabitannya dalam skandal seks dengan seorang wanita pada sidang akhbar di Labis, Johor, semalam.


LABIS 1 Jan. – Naib Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek membuat pengakuan terbuka hari ini bahawa beliau ialah orang yang terlibat dalam aksi hubungan seks bersama seorang wanita yang salinan cakera video digital (DVD) perlakuan itu diedarkan secara meluas di Johor sejak tiga hari lalu.

Bagaimanapun, di sebalik pengakuan terbuka tersebut, Menteri Kesihatan itu menegaskan, beliau tidak akan melepaskan jawatannya dalam kerajaan dan parti.

Soi Lek yang membacakan teks kenyataan pada sidang akhbar di pejabat MCA Labis di sini petang ini menyifatkan wanita terbabit sebagai kawan baiknya.

‘‘Siapa yang terlibat dan apakah motif DVD itu dihasil dan dirakamkan tidak penting lagi.

“Yang paling mustahak bagi saya sekarang ialah keluarga, isteri dan anak-anak telah pun menerima permohonan maaf daripada saya,” katanya.

Sidang akhbar pada pukul 4.30 petang itu penuh sesak dengan kehadiran wartawan serta para penyokong Soi Lek.

Menteri Kesihatan berusia 61 tahun itu tampil membuat pengakuan tersebut bagi menjelaskan kontroversi DVD pemimpin politik Johor yang dikatakan mengadakan hubungan seks dengan seorang wanita muda di sebuah hotel.

DVD hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu diedarkan secara percuma di Muar dan Batu Pahat oleh orang yang tidak dikenali dan pertama kali dilaporkan oleh akhbar berbahasa Cina pada Ahad lalu.

Turut hadir bersama 200 penyokong Soi Lek pada sidang akhbar itu ialah Pengerusi MCA Labis, Tan Kok Hong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekok dan ADUN Tenang, Datuk Sulaiman Taha yang juga Pengerusi BN Labis.

Menurut Soi Lek, beliau telah menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak serta Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting untuk memohon maaf atas kontroversi itu.

Beliau yang enggan mengulas lanjut mengenai pertemuannya dengan ketiga-tiga pemimpin itu bagaimanapun menegaskan tetap akan menjalankan tugas sebagai menteri Kabinet, Ahli Parlimen dan pemimpin MCA seperti biasa.

Bernama melaporkan Chua, yang akan menyambut ulang tahun ke-61 esok, diiringi isteri beliau, Datin Seri Wong Sek Hin ketika beliau menemui Abdullah di Seri Perdana, Putrajaya semalam untuk menerangkan mengenai DVD tersebut.

Pada pertemuan itu, Soi Lek mengakui bahawa beliaulah orang dalam DVD itu yang dirakam dua tahun lepas.

Berikutan pertemuan itu, diputuskan bahawa Menteri Kesihatan berkenaan hendaklah menjelaskan perkara tersebut secara terbuka.

Ketika menjawab pertanyaan pemberita, Soi Lek menerima tepukan gemuruh daripada penyokongnya apabila beliau berkata: ‘‘Menteri berkhidmat atas kepercayaan yang diberi oleh Perdana Menteri.”

Beliau yang kelihatan tenang menjawab pelbagai soalan daripada wartawan, turut menafikan beliau sendiri bertanggungjawab merakam dan menghasilkan DVD tersebut.

Menurutnya, pihak di sebalik pembikinan rakaman itu tidak penting, namun sebab mereka berbuat demikian adalah jelas tetapi beliau enggan mengulas lanjut.

Beliau turut merayu media supaya memberikan beliau dan keluarganya sedikit ruang ketika menghadapi saat-saat getir tersebut.

Soi Lek berkata, beliau mengetahui mengenai rakaman itu pada Ahad lalu apabila seorang rakan memberikan salinannya.

Ditanya sama ada beliau berhasrat untuk membuat laporan polis, Soi Lek berkata: “Saya akan memikirkan perkara itu dengan serius.”

Beliau turut memohon maaf kepada rakan seperjuangan, penyokongnya dan rakyat Malaysia.

‘‘Saya juga berterima kasih kepada mereka yang prihatin dan mengambil berat dengan membuat panggilan telefon dan khidmat pesanan ringkas (SMS),” katanya.

Selepas sidang akhbar itu, beberapa pengikutnya turut mengambil kesempatan untuk bersalaman dan mengucapkan simpati kepadanya.

Sementara itu, Kok Hong yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tenaga, Air dan Komunikasi Johor berkata, pihaknya akan terus memberi sokongan kepada Soi Lek sebagai Ahli Parlimen Labis untuk mewakili kawasan Parlimen itu pada pilihan raya akan datang.

Beliau berkata, kejujuran Soi Lek mengakui kesilapannya patut menjadi contoh kepada orang lain kerana belum ada pemimpin yang mengambil sikap berani dan sejujur beliau.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.