saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 02/01/2008

Umum kenaikan harga minyak lebih awal elak spekulasi

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Kerajaan disaran memberikan notis awal kepada rakyat jika mahu menaikkan harga minyak pada tahun ini bagi mengelak berlaku suasana cemas dalam masyarakat.

Beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang dihubungi berpendapat, notis awal membolehkan minda rakyat lebih bersedia untuk menerima perubahan.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Omar Osman berkata, kenaikan harga minyak secara tiba-tiba membawa banyak perubahan mendadak.

Katanya, perubahan itu meliputi semua aspek kehidupan termasuk kenaikan harga barangan harian menyebabkan rakyat sukar menerima peningkatan harga bahan bakar itu walaupun ia tidak dapat dielakkan.

Beliau menambah, CUEPACS meramalkan berlaku peningkatan harga minyak tetapi berharap ia diperkenalkan kepada masyarakat secara lebih berhemah dan bukannya secara tiba-tiba.

Kurang

‘‘Kalau boleh, biarlah harga minyak tidak naik untuk tempoh setahun lagi paling kurang, tetapi kalau ada, biarlah ia dimaklumkan dalam satu tempoh masa tertentu,’’ katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas spekulasi yang bertiup kencang semalam yang disebarkan menerusi sistem pesanan ringkas (SMS) kononnya harga minyak dinaikkan 50 sen menjadi RM2.42 seliter daripada RM1.92 seliter sekarang.

Mengikut amalan sebelum ini, perubahan harga minyak diumumkan pada waktu tengah malam dan pengumuman ke seluruh negara akan dihebahkan melalui media massa pada keesokan harinya.

Omar berkata, pengumuman awal berhubung kenaikan bahan bakar itu juga akan mengelakkan penyebaran khabar angin terutama dalam bentuk SMS seperti yang kerap berlaku sekarang.

Presiden Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia, Mohd. Firdaus Abdullah berkata, kenaikan harga minyak tidak sepatutnya dijadikan teka-teki.

Beliau mencadangkan agar tempoh sekurang-kurangnya dua minggu diberikan sebagai notis awal kepada rakyat sebelum kerajaan menguatkuasakan sebarang peningkatan harga minyak.

‘‘Biar ada panduan dan hala tuju bagi membolehkan langkah susulan menangani kenaikan harga barangan diatur lebih awal,’’ jelasnya.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:41
Zuhur 1:01
Asar 4:18
Maghrib 7:00
Isyak 8:10



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.