saya nak baca ..

PENDIDIKAN


ARKIB : 02/01/2008

Sains boleh pinggirkan Kesusasteraan Melayu

KUALA LUMPUR 1 Jan. – Penekanan keterlaluan kepada subjek berteraskan Sains dan Teknologi dibimbangi akan menyebabkan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu semakin dilupakan serta tidak lagi relevan bagi generasi masa depan.

Tokoh pendidik, Profesor Emeritus Datuk Dr. Nik Safiah Karim berkata, Kementerian Pelajaran seharusnya mengkaji sukatan mata pelajaran tersebut supaya ia dapat mendorong minat pelajar untuk menghayati tujuan subjek itu dipelajari.

Beliau berkata, Kesusasteraan Melayu merupakan mata pelajaran yang mendekatkan para pelajar dengan latar belakang sosial, kemanusiaan dan budaya negara ini ke arah melahirkan modal insan.

‘‘Saya sokong supaya difikirkan kembali sukatan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu ini bagi mendorong pelajar kita berfikir dengan baik sekali gus memenuhi hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan yang cemerlang dan seimbang,’’ katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia bagi mengulas saranan Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) yang meminta kerajaan mengkaji semula sukatan mata pelajaran Kesusasteraan Melayu di sekolah menengah agar lebih sesuai dengan perkembangan semasa.

Presiden NUTP, Anuar Ibrahim semalam berkata, subjek Kesusasteraan Melayu mampu menjana modal insan sebagaimana hasrat Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi melahirkan modal insan yang berdaya saing serta cenderung untuk berfikir secara matang.

Nik Safiah memberitahu, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu bukan hanya dilihat dari aspek bahasa tetapi nilai estetik yang tinggi menjadikan subjek itu memiliki keistimewaan tersendiri.

Menurutnya, pendekatan yang digunakan oleh pendidik untuk mengajar subjek tersebut juga perlu dipelbagaikan seperti mengadakan pementasan drama, perbincangan hasil karya sasterawan negara dan juga mendekati tokoh-tokoh berkenaan.

‘‘Bagi memastikan subjek ini terus relevan, Kementerian Pelajaran juga boleh mengetengahkan hasil-hasil karya penulis muda yang mungkin lebih sesuai dengan kehendak pada zaman ini untuk dijadikan sebagai buku teks,’’ ujarnya.

Menarik minat

Beliau turut menyarankan pemimpin negara agar menyelitkan nilai-nilai sastera dalam ucapan mereka bertujuan menarik minat rakyat khususnya generasi muda terhadap Kesusasteraan Melayu.

Sementara itu, bekas Ketua Pengarah Pendidikan, Tan Sri Murad Mohd. Nor ketika dihubungi turut menyokong agar mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dikaji semula bagi memantapkan silibus sedia ada.

Beliau berkata, dalam menghadapi persaingan bidang teknologi maklumat (IT) yang semakin canggih, minat para pelajar untuk membaca semakin merosot.

‘‘Kemudahan Internet telah digunakan secara berleluasa sehingga buku-buku hasil karya penulis tempatan kini tidak lagi menjadi minat para pelajar untuk mengkajinya,’’ katanya.

Murad memberitahu, jumlah subjek yang semakin banyak juga antara punca kemerosotan bilangan pelajar yang mengambil subjek Kesusasteraan Melayu memandangkan mereka diberi peluang membuat pelbagai pilihan.

Beliau meminta Kementerian Pelajaran melipatgandakan usaha bagi memastikan mata pelajaran itu terus mendapat tempat di hati pelajar.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.