saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 02/01/2008

Soi Lek letak semua jawatan parti dan kerajaan

02/01/2008 5:37:45 p.m.

PUTRAJAYA 2 Jan — Naib presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, yang mengaku semalam beliau lelaki dalam DVD seks yang diedarkan di Johor, hari ini meletak jawatan sebagai Menteri Kesihatan, semua jawatan parti dan sebagai anggota Parlimen Labis berkuatkuasa serta merta.

Beliau sendiri membuat pengumuman peletakan jawatan tersebut pada satu sidang akhbar di Kementerian Kesihatan di sini pada pukul 3.35 petang.

Difahamkan Dr Chua, 61, mengambil keputusan itu selepas dinasihatkan oleh jemaah menteri, yang mengadakan mesyuarat mingguan hari ini.

Semalam, pada sidang akhbar di Labis, beliau juga telah meminta maaf kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin-pemimpin parti dan rakan Menteri kabinet yang lain atas apa yang telah berlaku.

Beliau berkata, bahawa wanita dalam DVD itu adalah teman peribadinya dan beliau bukanlah pihak yang membuat rakaman aksi berkenaan.

Dr Chua berkata, peletakan jawatannya telah disampaikan kepada Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dan juga presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting.

“Surat (peletakan jawatan) dalam perjalanan ke pejabat beliau (Abdullah),” katanya dalam sidang akhbar yang penuh sesak dengan wartawan dan berlangsung lebih 45 minit.

Dr Chua yang memakai sepasang sut hitam dan kelihatan tenang serta tenteram berkata: “Saya melepaskan jawatan sebagai Menteri Kesihatan, Naib Presiden MCA, Anggota Parlimen Labis, Ketua Badan Perhubungan MCA Johor dan Ketua Bahagian MCA Batu Pahat”.- Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.