saya nak baca ..

SUKAN TEMPATAN


ARKIB : 04/01/2008

40 kapal layar pikul cabaran Regata Langkawi

KUALA LUMPUR – Regata Antarabangsa Diraja Langkawi 2008 (RLIR) yang bermula, esok di Kelab Pelayaran Diraja Langkawi (RLYC), Kuah, akan disertai kira-kira 40 buah kapal layar untuk merebut Piala Cabaran Perdana Menteri.

‘‘Sehingga hari ini, sebanyak 11 negara telah mengesahkan penyertaan mereka termasuk dari China yang buat pertama kali menyertai kejohanan,’’ kata Pengerusi Jawatan kuasa Regata 2008, Ahmad Zailani Basha ketika dihubungi Bernama, semalam.

Katanya, dua perahu layar dari China yang telah mengesahkan penyertaan ialah Longtze bagi kategori Sportboat dan Microlab Moonlight Shadow untuk kategori Racing.

Sejak beberapa edisi lepas, regata itu telah menyaksikan penyertaan pelbagai kategori kapal layar dari Australia, New Zealand, Thailand, China, Hong Kong, United Kingdom, Singapura, Belanda, Jerman dan Perancis.

Regata edisi keenam ini menjanjikan lebih cabaran apabila pihak penganjur telah membuat perubahan terhadap laluan perlumbaan iaitu dari Jeti Kuah mengelilingi Pulau Dayang Bunting dalam masa enam jam berbeza dengan laluan sebelum ini iaitu tiga hari dari perairan terbuka dan sehari di Jeti Kuah.

Juara bertahan, Quantum Racing yang dikemudikan oleh Ray Roberts dijangka mendapat tentangan sengit daripada juara tiga kali iaitu Yo! yang dikemudikan oleh Peter Ahern.

Cabaran Malaysia pula disandang oleh beberapa kapal layar seperti ‘Janda Baik’ dan ‘Zuhrah’ yang bakal dikemudikan oleh anak tempatan dan juga Tentera Laut Diraja Malaysia.

RLIR yang merupakan salah satu acara yang sering menarik pelancong luar negara ke pulau peranginan itu adalah cetusan idea anggota pengasas utama RLYC, Tunku Abdullah Tuanku Abdul Rahman.

– Bernama

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.