saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 07/01/2008

AJL 22 tanpa kontroversi dan percuma

SABAN tahun, stesen televisyen swasta pertama negara, TV3 tidak pernah lari dari menampilkan konsep yang berbeza-beza bagi memeriahkan Anugerah Juara Lagu (AJL).

Lantas bagi memeriahkan lagi AJL 22 yang akan disiarkan secara langsung dari Stadium Putra Bukit Jalil, Kuala Lumpur, pada 27 januari ini, TV3 memperkenalkan konsep Keajaiban Muzik bagi memeriahkan lagi penganjuran yang mengiktiraf lagu-lagu terbaik sepanjang tahun 2007 itu.

Pemilihan konsep tersebut juga dilihat bersesuaian dengan penganjuran kali ke-22 yang dikatakan lebih meriah dan menarik.

Pengurus Besar Hiburan, Sukan dan Rekreasi TV3, Azhar Borhan berkata, muzik dan keajaiban mempunyai perkaitan antara satu sama lain.

“Muzik mempunyai keistimewaan dan keajaiban sehingga kita dapat merasakan sesuatu daripada lagu-lagu itu sendiri. Setiap lagu juga membawa maksud tersendiri kepada para pendengarnya. Sebagai contoh, muzik mampu membuatkan kita mengimbau kembali kepada kenangan yang pernah kita lalui. Disebabkan itu, muzik mempunyai kuasa ajaib yang mampu mengubah diri kita,” katanya pada satu sidang akhbar yang diadakan selepas showcase AJL 22 di One Utama, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, Sabtu lalu.

Pada showcase tersebut beberapa finalis AJL 22 telah mengadakan persembahan antaranya Jinbara, Faizal Tahir, Sahri, Aishah, Ramlah Ram dan Fazli Zainal. Serta turut diadakan cabutan undian giliran nyanyian untuk AJL 22 nanti.

Tambah Azhar, bagi menceriakan AJL 22 kali ini, empat orang pengacara telah diberi tanggungjawab untuk mengendalikannya.

“Kami yakin gandingan Cherly Samad, Ally Iskandar, Fara Fauzana dan Faizal Ismail mampu menghidupkan suasana yang ceria dan segar. Paling penting tidak membosankan khalayak yang menonton,”katanya.

Penjurian tulus

Masih mengikut formula terdahulu, tidak mahu mendedahkan nama-nama juri yang bakal mengadili AJL 22 ini, pihak TV3 menjanjikan sebuah keputusan yang tulus.

Namun dalam senarai 14 lagu yang bertanding nama Datuk Siti Nurhaliza bakal bersaing bersama-sama 12 penyanyi lain antaranya Mawi, Sofaz, Fazli Zainal, Faizal Tahir dan Nora.

Ditanya adakah gelaran Datuk akan mempengaruhi keputusan AJL 22 kata Azhar, “Gelaran yang diberikan kepada artis tidak akan mempengaruhi juri. Kesemua juri yang dipilih untuk mengadili AJL 22 ini merupakan orang-orang yang profesional. Jadi tak timbul isu berat sebelah atau tak adil untuk penjurian kali ini. Kami akan memastikan keputusan AJL 22 ini bebas daripada kontroversi.”

Tiket percuma

Jika tahun lalu TV3 mengenakan bayaran RM3 bagi menyaksikan AJL tetapi tahun ini, sebagai tanda terima kasih dan sebagai hadiah kepada peminat setianya, sebanyak 17,000 tiket percuma diberikan kepada peminat setia AJL.

“Kepada mereka yang berminat, tiket-tiket akan mula diedarkan pada 7 Disember ini sehinggalah pada hari pertandingan tersebut,” ujarnya.

Tiket - tiket boleh di dapati di pondok pengawal Sri Pentas, TV3, Bandar Utama, menerusi peraduan Hotfm, MyTV3 dan melalui online di www.tv3.com.my dan www.gua.com.my.

Komen Artis

Fazli Zainal
“Jika ditanya persiapan, saya tidak mahu bercerita panjang mengenai persembahan saya. Biarlah pada malam itu nanti anda saksikan sendiri. Kini, saya berlatih menyanyi setiap hari untuk memastikan saya boleh membawa lagu itu dengan baik.”

Ramlah Ram
“Mungkin dua minggu sebelum AJL 22 baru saya memberi tumpuan pada persembahan saya. Buat masa ini, saya hanya mahu memastikan agar suara saya tidak mempunyai masalah. Mengenai peluang untuk menang bagi saya semua yang bertanding hebat-hebat jadi terpulang kepada rezeki masing-masing.”

Faizal Tahir
“Saya tak menaruh harapan yang tinggi tapi bohonglah kalau kita tak mengharapkan apa-apa. Saya akan cuba menyanyikan kedua-dua lagu saya dengan baik. Kerana bagi saya kedua-dua lagu itu mempunyai kekuatan tersendiri.”

Sahri
“Walaupun saya sekadar menggantikan tempat Kaer tapi saya akan memastikan saya membawa lagu tersebut dengan baik. Kalau nak bercerita tentang persiapan apa yang oleh saya katakan insya-Allah saya akan membuat persembahan istimewa pada malam tersebut.”

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.