saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 07/01/2008

Guna kapitalisme bentuk budaya membaca

KETIKA penulis menunggu giliran untuk menggunting rambut, terdapat beberapa buah majalah yang diletak bersahaja di tepi kerusi menunggu. Sudah tentunya banyak majalah hiburan juga komik.

Salah seorang pelanggan yang menanti giliran di sisi penulis pula kelihatan begitu tenang tanpa keinginan untuk memenuhi masa luangnya itu. Lantas si penggunting rambut menyerahkannya sebuah komik untuk dibaca, lalu diambil si pelanggan itu dan dibacanya.

Penulis melihat ini sebagai salah satu petanda yang sihat, walaupun jenis bacaannya agak ‘nakal’.

Namun usaha yang ditunjukkan oleh si penggunting rambut itu seharusnya diberikan perhatian serius oleh penggerak budaya membaca dan juga penggiat industri perbukuan.

Mereka yang terlibat dengan perniagaan berasaskan perkhidmatan adalah golongan yang begitu dekat dengan masyarakat. Ini adalah kerana hampir keseluruhan peringkat masyarakat pasti memerlukan perkhidmatan tersebut.

Kesempatan ini perlu diambil oleh penggerak budaya membaca dan penggiat industri perbukuan. Ini adalah kerana untuk mendapatkan sesuatu perkhidmatan, masa menunggu adalah ruang kosong yang perlu dipenuhi. Dan pada ketika itulah, amalan membaca boleh diperkenalkan.

Cuma ramuannya perlu betul. Pemberi khidmat perlu dididik. Bahan-bahan bacaan yang disediakan perlu bersesuaian, mudah dibaca dan menarik.

Sekiranya para penggiat industri perbukuan mengambil peluang pada kesempatan singkat itu, tidak mustahil buku-buku ‘berat’ yang diterbitkan mereka akan laku dan dicari. Apa yang diperlukan ialah sedikit daya kreatif.

Sekadar melontar satu ilham ‘mudah’. Katakan waktu menunggu untuk menggunting rambut mengambil masa lebih kurang 15 minit.

Sekiranya disediakan buku-buku tebal yang mempunyai ratusan ribu perkataannya, bersama-sama teori-teori berat, maka sudah tentu si pembaca hanya akan merenung gambar kulitnya.

Sebaliknya, sekiranya buku setebal dan seberat itu dipermudahkan di dalam bentuk lukisan, sinopsis mahupun pemilihan ayat yang mudah, sudah tentu si pembaca yang tidak disengajakan itu akan berusaha mencari buku asalnya.

Konsep ini sudah memang lama terbukti dengan penerbitan beberapa buah karya falsafah yang telah dilukis ke dalam bentuk komik, dan mesejnya sampai. Malah buku asalnya terus dicari.

Sekiranya berita para artis dibaca menerusi majalah-majalah, apa salahnya jika berita-berita mengenai buku dan pengarangnya ditulis secara sedemikian juga. Bukanlah bermakna perlu digarap di dalam bentuk gosip, sebaliknya mensensasikan bentuk cerita itu ke dalam bentuk yang boleh diterima oleh masyarakat umum.

Kesempatan ini perlu diambil peluang sepenuhnya oleh para penggiat industri perbukuan. Walaupun mungkin pada firasatnya seolah-olah menyokong idea kapitalisme, namun pada realitinya ia membantu kepada pembentukan budaya membaca.

Tetapi tidak semua peniaga perkhidmatan ini faham. Proses pendidikan perlu diusahakan.

Konsep perpustakaan keluarga yang pernah diusahakan oleh Perpustakaan Negara perlu diperluaskan ke premis-premis perniagaan.

Buku perlu ditabur di semua tempat, supaya ia tidak lagi dilihat sebagai sebuah objek asing.

Maka sudah tentu, tempat-tempat yang menyediakan perniagaan perkhidmatan adalah antara ruang kosong yang perlu dipenuhi.

* KHAIRUSY SYAKIRIN HAS-YUN HASHIM ialah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.