saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 11/01/2008

Erra Fazira sedia bantu promosi Cuci


ERRA Fazira (kanan) sempat meluangkan masa bersama para pelakon Cuci (dari kiri) Umie Aida, Afdlin Shauki, Hans Isaac, Awie dan AC Mizal selepas pratonton filem itu di Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.


ERRA Fazira menunjukkan sikap profesionalnya sebagai pelakon apabila dia muncul pada majlis prebiu filem Cuci, Selasa lalu. Erra hadir bersama kawan baiknya, Umie Aida yang turut berlakon dalam filem itu.

Cuci arahan Hans Isaac akan mula ditayangkan di pawagam-pawagam tempatan mulai 24 Januari ini.

Menurut Erra, dia bersedia memberi komitmen bagi mempromosikan filem itu sama seperti filem-filem lain yang pernah dilakonkannya sebelum ini.

“Saya tiada masalah untuk memberikan komitmen bagi mempromosikan filem Cuci asalkan jadualnya diberi lebih awal kepada saya,” katanya pada sidang akhbar selepas pratonton Cuci di Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.

Menerusi Cuci, Hans bukan sahaja berlakon bersama Erra tetapi juga bertindak selaku penerbit dan pengarah filem terbitan Tune Entertainment Group Sdn. Bhd. dan Tall Order Productions Sdn. Bhd. itu.

Sebelum ini, Erra dikatakan konon tidak akan ‘turun padang’ pada mana-mana acara promosi filem itu gara-gara sejarah hitamnya dengan Hans Isaac yang berlaku selepas filem itu selesai penggambaran.

Sementara itu, Hans ketika ditemui selepas sidang akhbar itu juga bersikap profesional apabila tidak mahu memikirkan masalah peribadi yang pernah menimpanya dengan pelakon jelita tersebut.

Bagi aktor kacak itu, apa yang paling diutamakannya ketika ini ialah menumpukan perhatiannya terhadap promosi Cuci sebelum filem itu ditayangkan kepada umum.

“Kesan daripada kisah silam saya dan Erra itu tidak mempengaruhi saya dalam promosi filem ini. Ia (promosi) masih dijalankan seperti biasa. Ini adalah bisnes.

“Soal tersentuh atau tidak biarlah saya simpan untuk diri saya sendiri. Orang itu pun (Erra) sudah berpunya (berkahwin) dan saya hormati dia,” ujarnya.

Ketika ditanya tentang pengalamannya berlakon bersama Erra dalam Cuci, Hans tidak menafikan filem itu memang meninggalkan banyak kenangan kepadanya.

“Bagi saya, memang banyak perkara untuk diingati dalam filem ini. Tetapi memori saya tentang Cuci adalah sahabat-sahabat saya ketika di lokasi penggambaran filem ini.

“Apa pun saya tidak mahu fikir tentang apa yang berlaku pada 2007. Kalau anda berada di tempat saya barulah anda akan faham.

“Tadi saya hendak beri ucapan pun rasa susah. Saya ada banyak benda hendak buat pada tahun ini antaranya menerbitkan dua filem berjudul Minah dan Ikan Laga,” katanya.

Selain itu, kata Hans dia juga akan ke Thailand pada Mac ini bagi menjalani penggambaran filem terbaru lakonannya berjudul Sactuary hasil usahasama antara syarikat produksi di sana dengan Tall Order Productions Sdn. Bhd.

Cuci mengisahkan tentang Fairil lakonan Afdlin Shauki, Jojo (Awie), C’Tan (AC Mizal) dan Khai (Hans Isaac) yang menjadi anak angkat Tok Bi.

Mereka berhijrah ke Kuala Lumpur dengan azam mahu menceburkan diri dalam bidang pembersihan tetapi selalu terlepas peluang kerja kerana sikap yang kurang serius.

Empat sahabat itu kemudian menubuhkan syarikat pencuci bangunan, Cuci-Cuci Services dan telah memenangi pertandingan mencuci bangunan serta mendapat hadiah RM5,000.

Sejak saat itu mereka mula diberi kepercayaan dan mendapat peluang kerja yang lebih mencabar tetapi pada masa sama berdepan dengan pelbagai cabaran.

Pelakon lain yang membintangi filem genre komedi selamba itu terdiri daripada Umie Aida, Khir Rahman, Indi Nadarajah, Syanie, Que Haidar, Ida Nerina, Harun Salim Bachik dan ramai lagi.

Dalam pada itu, Hans tidak menafikan konsep Cuci tidak banyak beza dengan filem-filem arahan Afdlin Shauki kerana mereka sudah lama bekerjasama di layar perak.

“Kami berempat (Hans, Awie, AC Mizal dan Afdlin) mula nampak serasi ketika kami mula-mula bergandingan dalam filem Baik Punya Cilok.

“Selepas filem itu sepatutnya kami berlakon lagi dalam Baik Punya Cilok 2 tetapi sampai sekarang Afdlin belum siapkan skripnya,” ujarnya lagi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.