saya nak baca ..

RENCANA


ARKIB : 11/01/2008

Cari keberkatan menerusi sedekah

KITA selalu mengeluh tiap-tiap bulan tentang gaji tidak cukup. Yang bergaji RM500 pun mengeluh tidak cukup. Begitu juga yang bergaji RM2,000 pun mengeluh tak cukup duit.

Tetapi kadang-kadang kita melihat ada juga bergaji kecil tetapi rezekinya sentiasa ada. Duitnya sentiasa cukup. Tidak pernah kita mendengar keluhannya tentang duit gaji yang tak cukup. Ini berkemungkinan berkaitan rapat dengan keberkatan. Ramai yang tidak sedar atau ambil tahu tentang keberkatan.

Kekayaan dan kesenangan tidak memberi makna tanpa adanya keberkatan. Dengan adanya keberkatan, harta, rezeki atau gaji yang sedikit akan dirasakan seolah-olah banyak dan mencukupi. Tetapi tanpa keberkatan, rezeki yang kita peroleh akan rasa sedikit dan tidak mencukupi. Untuk beroleh keberkatan, antara perkara yang boleh dilakukan ialah sedekah.

Dalam Hadis yang diriwayat At-Tabrani Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu tidak akan mengurangi harta seseorang”.

Bila seorang hamba menghulurkan tangannya untuk bersedekah, maka sedekahnya itu akan sampai ke tangan Allah dan Allah menerimanya, meredainya sebelum sampai ke tangan penerimanya.

Di Malaysia, keadaan yang aman makmur dan maju menyebabkan ramai rakyat negara kita ini yang beragama Islam hidup dalam kemewahan dan kesenangan. Tetapi ramai juga tidak menjadikan sedekah ini suatu amalan. Ia adalah tindakan yang mudah tetapi keberkatan yang bakal kita peroleh adalah berpanjangan. Apalah sangat jika kita memperuntukkan RM10 daripada pendapatan kita sebulan untuk bersedekah.

Sebenarnya, jika kita menguruskan sedekah kita dengan baik, ia akan kelihatan mudah dan berkesan. Tetapi ia haruslah dilakukan dengan ikhlas kerana tanpa keikhlasan, sedekah kita akan menjadi sia-sia.

Antara sedekah yang mudah untuk kita lakukan ialah dengan memperuntukkan RM1 seminggu untuk dimasukkan ke dalam tabung masjid semasa sembahyang Jumaat.

Kita juga boleh bersedekah dalam bentuk makanan dengan membeli setin susu dan sepeket gula untuk diberikan kepada masjid atau surau berdekatan.

Memberi RM1 kepada orang miskin atau anak yatim yang kita temui juga merupakan satu sedekah yang amat mudah dilaksanakan.

Yang dibincang oleh saya ini hanyalah sedekah dari sudut kewangan dan harta. Ada juga sedekah yang boleh dilakukan dengan tenaga dan lain-lain lagi. Semua kaedah bersedekah ini bergantunglah kepada keselesaan masing-masing. Yang penting, kita haruslah jangan melupakan amalan ini sepanjang hidup kita.

* PENULIS ialah Pensyarah Jabatan Pengurusan Kolej Shahputra, Kuantan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:48
Zuhur 1:09
Asar 4:14
Maghrib 7:12
Isyak 8:20



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.