saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 13/01/2008

Cuci bukan komedi kosong

SEBAGAI ‘orang baru’ dalam dunia penerbitan, Hans Isaac mengakui debaran menanti reaksi khalayak terhadap filem sulungnya, Cuci yang bakal ditayangkan kepada umum pada 24 Januari ini.

Cuci yang turut dilakonkannya bersama sahabat baiknya, Afdlin Shauki, Awie dan AC Mizal serta Erra dan Umie Aida juga merupakan hasil kerja pertamanya sebagai seorang pengarah.

Justeru, tidak hairanlah kalau hatinya kini asyik berdegup kencang untuk menyaksikan reaksi khalayak terhadap kemampuannya sebagai pengarah dan penerbit.

Hans sendiri mengakui berasa tertekan terutama dalam menempuh hari-hari untuk menuju ke tarikh tayangan umum Cuci.

Malah katanya, malam sebelum tayangan pratonton Cuci kepada media, Selasa lalu, dia bukan sahaja tak lalu makan malah tidak dapat melelapkan mata.

“Masa pratontonnya, saya panik dan rasa tak mampu bernafas untuk 10 minit pertama tayangannya kerana tak tahu reaksi mereka yang datang.

“Tapi apabila saya mula mendengar ketawa sepanjang tayangan, saya rasa teramat lega dan begitu gembira,” kata Hans yang turut mengakui bahawa Selasa itu menjadi hari paling pressure yang pernah dirasainya.

Lawak spontan menjadi tonggak kepada filem sulung terbitan syarikatnya, Tall Order Productions Sdn. Bhd. dengan Tune Entertainment Group Sdn. Bhd.

“Bila tengok orang ketawa, ia memberi saya satu kepuasan tidak terhingga. Sukar digambarkan dengan kata-kata. Sebab ia bukan lagi mengenai aspek lakonan semata-mata. Tetapi ia juga tentang respons kepada pengarahan dan terbitan saya,” ujarnya lagi.

Menyimpan harapan agar Cuci dapat menghiburkan khalayak dengan bersandarkan genre komedi, namun Hans memberitahu ia tidak sekadar jenaka semata-mata.

“Ada input (isi) yang ingin dikongsi bersama,” tegasnya.

Cuci bercerita tentang empat adik-beradik angkat yang dipeliharan Tok Bi yang sanggup meninggalkan kampung halaman demi mengejar cita-cita di kota metropolitan.

Azam Fairil (lakonan Afdlin Shauki), Jojo (Awie), C’Tan (AC Mizal) dan Khai (Hans Isaac) mahu menceburi bidang perniagaan pembersihan tetapi mereka sering terlepas peluang pekerjaan kerana sikap kurang serius masing-masing.

Mereka kemudiannya menyertai pertandingan pembersihan bangunan Window Washing Olympic dan ingin merebut hadiah wang tunai di samping kontrak pembersihan di KLCC yang sebelum ini dipegang oleh Wira International Cleaners milik Wira (Khir Rahman).

Dalam usaha merebut impian itu maka berlakulah pelbagai peristiwa. Jalan ceritanya selamba kerana Hans tidak mahu memeningkan penonton.

“Apa yang penting kini ialah promosi dan memberi peluang peminat hadir ke panggung dan menilai filem saya,” kata Hans yang mengatur beberapa strategi untuk mempromosikan Cuci.

Antaranya menyediakan lebih 250 iklan untuk tayangan di televisyen selain poster di bas-bas di seluruh negara dan bertemu peminat dalam rangka jelajah utara-selatan.

“Kepada peminat yang tidak boleh datang ke panggung, kami akan bawa filem ini kepda anda,” katanya yang bakal menayangkan Cuci di beberapa hospital serta kem askar di Melaka.

Profesional

Bakal mengadakan tayangan gala pada 22 Januari ini di MidValley, Megamall Kuala Lumpur, Hans mengakui mendapat kerjasama profesional daripada pelakon-pelakon Cuci yang kebanyakannya punya nama besar dalam industri perfileman.

“Saya sudah menyediakan jadual masing-masing dan saya juga memahami kesibukan mereka. Sehingga kini masing-masing memberikan komitmen.

“Tetapi jika mereka ada atau tidak, saya akan terus turun padang mempromosikan Cuci,” kata Hans tanpa mahu membabitkan peristiwa kurang enak yang pernah berlaku antaranya dengan Erra Fazira.

“Kita profesional. Apa yang penting ialah maklum balas yang positif agar dapat memberi saya semangat untuk terus berada dalam industri,” tambahnya.

Mengakui bahawa perasaan kecewa dan putus asa pernah hadir dalam hidupnya tahun lalu, 2008 ingin dijalani dengan penuh rasa gembira dan serba baru.

“Kawan-kawan banyak memberi sokongan dan semangat seperti Afdlin, Awie, AC Mizal. Saya berterima kasih kepada mereka.

“Bila ‘terduduk’, kakitangan yang ‘angkat’ saya. Tahun lepas saya dapat mengenali orang yang sayang dan inginkan yang terbaik untuk saya.

“Tahun ini saya mahu memulakan satu kehidupan yang lebih segar dan terbaik. Saya mahu fokus ke hadapan,” kata Hans yang bakal muncul dengan filem baru, Minah dan Ikan Laga untuk tahun ini.

Selain itu Hans juga bakal berlakon dalam sebuah filem aksi terbitan Thailand dan akan memulakan penggambarannya pada Mac ini.

Selain itu, 2008 juga akan menyaksikan Hans muncul dalam filem-filem Los dan Faun serta Tipu Kiri Tipu Kanan.

Malah tahun ini kata Hans, Tall Order Productions yang sudah enam tahun beroperasi akan menyediakan banyak program TV untuk RTM, TV3 dan Astro.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.