saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 13/01/2008

Tiada suspek dikenal pasti dalam pembunuhan Krishnasamy - Musa

13/01/2008 3:33pm

JOHOR BAHARU, 13 Jan - Belum ada suspek yang dikenal pasti dalam kes pembunuhan Timbalan Pengerusi MIC Johor Datuk S. Krishnasamy pada Jumaat lepas, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini.

“Tidak, kami belum lagi mengenal pasti suspek. Siasatan masih berjalan,” katanya kepada pemberita selepas melawat tempat kejadian.

Musa meluangkan kira-kira sejam di tempat kejadian bersama Ketua Polis Johor Datuk Hussin Ismail, Timbalan Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri SAC II Amer Awal dan pegawai kanan dari ibu pejabat polis kontinjen negeri.

Beliau berkata polis hanya mempunyai fotofit suspek yang diberikan oleh saksi.

Semalam, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum berkata suspek pembunuhan itu sudahpun dikenal pasti.

Krishnasamy, 61, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Tenggaroh, ditembak dari jarak dekat oleh seorang lelaki bersenjata dalam lif di bangunan ibu pejabat MIC negeri di Jalan Segget di sini.

Pembunuhan itu berlaku kira-kira 2.30 petang sebaik sahaja Krishnasamy tiba di ibu pejabat parti untuk menghadiri mesyuarat jawatankuasa dan kemudian memasuki lif itu.

Pembunuh itu dikatakan mengekori beliau dan melepaskan tembakan semasa mereka berada dalam lif.

Saksi melihat seorang lelaki India, yang memakai baju hitam dan berseluar jeans, melarikan diri dari bangunan itu dengan membawa sebuah bungkusan dan topi keledar.

Dia memecut ke arah Jalan Wong Ah Fook dengan menunggang sebuah motosikal Yamaha RXZ berwarna merah.

Polis kemudian mengedarkan fotofit suspek, yang berusia lingkungan 30-an, bertubuh sederhana, dengan ketinggian kira-kira 5 kaki dan 4 inci.

Ditanya sama ada suspek kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin telahpun ditahan di Dang Wangi, Musa berkata: “Saya dimaklumkan mereka masih menyiasat.”

Nurin, 8, mengalami serangan seksual dan dibunuh September tahun lepas.

Pada Rabu, kanak-kanak perempuan berusia lima tahun, Sharlinie Mohd Nashar, hilang ketika bermain di sebuah taman permainan, kira-kira 200 meter dari rumahnya di Taman Medan, Petaling Jaya.

Polis kini melancarkan gerakan memburu penculiknya.

- BERNAMA

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.