saya nak baca ..

MUKA HADAPAN


ARKIB : 14/01/2008

PM rasmi Taman Tamadun Islam 3 Feb.

Oleh WAN RAMLI WAN MUHAMADKUALA TERENGGANU 13 Jan. – Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijadual merasmikan Taman Tamadun Islam (TTI) yang menelan belanja RM249.3 juta di Pulau Wan Man di sini pada 3 Februari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Komunikasi Negeri, Datuk Wan Hisham Wan Salleh berkata, pelbagai acara menarik akan diadakan sempena perasmian tersebut.

Katanya, TTI yang mempunyai keluasan kira-kira 33 hektar menempatkan model masjid bersejarah antaranya Masjid Al-Aqsa (Palestin), Taj Mahal (India), Al-Hambra (Sepanyol), Menara Kaylan (Uzbekistan) dan Kudus Minar (Indonesia).

Model-model bersejarah yang lain ialah Masjid Samarra (Iraq), Kompleks Sulayman (Turki), Shaikh Lutfallah (Iran), Masjid Xian (China), Kul Sharif (Rusia) dan Qairawan (Tunisia).

“Projek pembinaan TTI yang diilhamkan oleh Perdana Menteri akan menjadi daya tarikan baru untuk pelancong di negeri ini,'' kata Wan Hisham kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau berkata, projek pembinaan TTI itu melibatkan 34 kontraktor tempatan sementara Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) bertanggungjawab memantau projek tersebut.

Beliau yakin kedatangan pelancong akan terus meningkat ke negeri ini selepas TTI dirasmikan oleh Perdana Menteri.

Dengan siapnya TTI itu nanti, orang ramai di negeri ini tidak perlu lagi pergi ke Agra, India untuk melihat keindahan seni bina Taj Mahal yang dibina Maharaja Moghul, Shah Jahan atau ke Istanbul, Turki bagi menyaksikan keunikan Kompleks Sulayman.

Wan Hisham memberitahu, TTI menawarkan segala keindahan, keunikan dan kehalusan seni bina Islam.

Masjid Kristal pula yang dijangka menjadi 'ikon' TTI digarapkan dengan ciri dan reka bentuk yang keseluruhannya memaparkan identiti Terengganu, terutama hiasan unik kaligrafi tempatan yang memerlukan ketelitian.

Terletak di muara sungai Terengganu, lokasi TTI amat strategik dan mudah dihubungi dengan destinasi pelancongan lain seperti Muzium Negeri, Pulau Duyong dan Heritage Trail (Bukit Puteri, Kedai Payang dan Kampung Cina).

Taman tema itu yang menggabungkan keindahan alam semula jadi dan seni bina, termasuk pembinaan Masjid Kristal dan pusat konvensyen, yang mula dibina Mac 2005 kini pada peringkat akhir mencantikkan landskap sebelum dibuka secara rasmi pada 3 Februari ini.

Wan Hisham berkata, pembinaan 21 replika monumen bersejarah di seluruh dunia Islam itu menggunakan tenaga kerja pembinaan profesional serta kontraktor tempatan.

Katanya, melalui agensi pelaksana juga, PMINT menggunakan kepakaran arkitek berpengalaman dalam pembangunan taman tema terkenal dunia seperti Tokyo Disney Sea dan Movieworld and Seaworld Agro Gold Resort di Australia.

Kongsi Konten di :

TAJUK-TAJUK BERITA LAIN:
Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:46
Zohor 1:14
Asar 4:30
Maghrib 7:20
Isyak 8:31



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014





ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.