saya nak baca ..

HIBURAN


ARKIB : 15/01/2008

Persis Mutiara bermulanya perjuangan Mila

MUNGKIN ramai yang berpendapat perjalanan seni pemilik nama Nursyarmilla Jirin atau lebih dikenali dengan panggilan Mila, dilihat begitu mudah apabila dia merangkul gelaran juara Akademi Fantasia musim kelima tahun lalu.

Mungkin juga kerana dia merupakan peserta wanita pertama yang diberi gelaran juara selepas empat juara musim terdahulu semuanya dipegang oleh jejaka.

Namun, bagi anak kelahiran Pulau Mutiara itu, setelah bergelar juara, hidupnya bukanlah semudah yang disangka sementelah banyak perubahan mendadak yang tidak disangkanya, telah berlaku dalam hidupnya.

Tidak mahu terus leka dan dihanyut serta dibuai dengan pancaran glamor dan populariti, dia berjanji akan terus berusaha memperbaiki diri bagi memastikan kedudukan yang selesa di persada seni tanah air.

“Saya mahu terus bertahan dalam industri ini dan tidak mahu dilupakan. Apa yang perlu saya lakukan adalah terus bekerja keras memperbaiki diri agar mereka yang menyokong saya selama ini terus mempercayai bakat saya dan menerima saya seadanya,” katanya membuka bicara.

Mila ditemui pada majlis pradengar album sulungnya, Persis Mutiara yang berlangsung di pejabat Maestro Talent and Management di Bukit Damansara, baru-baru ini.

Lebih teruja berbicara tentang buah tangan sulungnya, Mila melahirkan rasa syukurnya saat album sulungnya itu sudah mula menjengah pasaran pada 28 Disember lalu.

“Saya bagaikan tidak percaya apabila melihat album pertama dalam genggaman. Apa yang saya idamkan selama ini semuanya menjadi kenyataan dan sudah pastinya, saya berpuas hati dengan album Persis Mutiara ini,” katanya.

Menampilkan lapan buah lagu, setelah lagu Persis Mutiara meraih perhatian, kini lagu Mila Bila Cinta yang berentak pop rock ciptaan Audi Mok dan Ad Samad mula menangkap halwa telinga pendengar.

“Jujur saya katakan, banyak dugaan dan cabaran yang saya hadapi sewaktu merakamkan album ini. Malah, ini juga satu pengalaman buat saya dan baru saya tahu bukanlah satu yang mudah untuk merakamkan album dan memenuhi piawaian dan kepuasan penerbit.

“Album ini juga dirakamkan sewaktu bulan puasa yang lalu dan kebanyakan masa saya habiskan dalam studio pada waktu malam. Ada ketikanya, proses rakaman berlarutan sehingga pukul dua pagi.

“Ini berlaku sewaktu saya merakamkan lagu ciptaan Ajai, Ilham Di Matamu yang memerlukan penghayatan yang cukup mendalam dan mencabar vokal saya. Malah, sesi rakaman lagu ini bersambung pada hari keesokannya kerana Ajai mahu mendapatkan hasil yang terbaik,” cerita penyanyi kecil molek ini tanpa selindung.

Tidak sampai setahun bergelar artis rakaman, sudah dua anugerah di dalam genggamannya iaitu Artis Harapan Pilihan dan Lagu Pop Pilihan (Persis Mutiara). Kedua-duanya diraih pada majlis Anugerah Era 2007 yang berlangsung September lalu.

“Alhamdulillah, setidak-tidaknya kehadiran saya dalam arena seni suara diterima apabila meraih kejayaan sedemikian. Semoga peminat akan terus memberikan sokongan padu buat saya untuk terus memberikan yang terbaik,” jelasnya lagi.

Selain Persis Mutiara dan Mila Bila Cinta, album sulung Mila juga memuatkan lagu Aku Lebih Tahu, Gila, Sekejam dan Demi Cinta Selamanya yang mendapat sentuhan Ajai, Roslan Aziz dan Audi Mok.

Pergi Mu buat Allahyarham Nurin Jazlin
Seperti mana Adibah Noor menujukan lagu Terlalu Istimewa buat Allahyarham Nurul Huda Abdul Ghani yang mati dirogol dan dibunuh dengan kejam pada tahun 2004, begitu juga dengan Mila yang menyanyikan sebuah lagu berjudul Pergi Mu yang didedikasikan khusus buat Allahyarham Nurin Jazlin yang turut mengalami nasib sama pada bulan September tahun lalu.

“Menariknya lagu ini apabila ia merupakan ciptaan big boss saya, Freddie Fernandez manakala liriknya pula Habsah Hassan. Memang, hati ini begitu sayu menyanyikan lagu itu yang begitu menyentuh jiwa.

“Malah, saya juga sempat berjumpa dengan keluarga arwah sebelum menyanyikan lagu itu dan menyingkap latar belakangnya untuk membantu saya memberikan lebih penghayatan ketika merakamkannya,” jelas Mila yang menafikan gosip percintaannya dengan naib juara AF5, Ebi.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.