saya nak baca ..

TERKINI


ARKIB : 15/01/2008

Lingam berbual telefon dengan Ahmad Fairuz - Mui Fah

15/01/2008 1:58pm

KUALA LUMPUR 15 Jan. - Ahli perniagaan, Loh Mui Fah yang memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja menceritakan bahawa peguam, Datuk V. K. Lingam memberitahunya, dia bercakap di telefon dengan Hakim Besar Malaya (ketika itu) Datuk Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Beliau sebagai saksi ketiga pada persidangan suruhanjaya yang masuk hari kedua hari ini mengesahkan perbualan telefon yang dipaparkan dalam rakaman klip video yang disiasat oleh suruhanjaya tersebut adalah antara Lingam dengan Ahmad Fairuz (bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz).

Katanya, perbualan itu berlangsung ketika dia mengunjungi Lingam di rumah peguam itu pada malam 20 Disember 2001 untuk konsultasi perundangan selain makan malam sempena perjumpaan akhir tahun.

``Saya tidak tahu dengan siapa dia bercakap sebab itu saya tanya siapakah yang membuat panggilan telefon tersebut dan dia memberitahu pemanggilnya ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Ahmad Fairuz,'' katanya.

Mui Fah yang diwakili peguam Americk Singh Sidhu mengakui bahawa lelaki Cina di dalam klip video tersebut adalah dirinya manakala lelaki India yang bercakap melalui telefon adalah Lingam. -

UTUSAN.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:52
Zuhur 1:17
Asar 4:27
Maghrib 7:22
Isyak 8:32



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014






MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.