saya nak baca ..

DALAM NEGERI


ARKIB : 16/01/2008

Pinjaman tanpa slip gaji

PUTRAJAYA 15 Jan. – Golongan berpendapatan rendah termasuk peniaga kecil, petani dan nelayan yang tidak mempunyai slip gaji kini berpeluang membeli rumah menerusi Skim Pinjaman Perumahan Berjamin yang dilancarkan kerajaan hari ini.

Menerusi skim itu, pemohon yang layak akan dibenarkan membuat pinjaman maksimum RM60,000 atau sekurang-kurangnya RM25,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 40 tahun.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, tiada penjamin diperlukan bagi skim pinjaman yang dikhususkan untuk pembelian rumah kos rendah dan sederhana itu.

Menurutnya, skim pinjaman tersebut memberi ruang kepada semua warganegara tanpa mengira kaum yang tidak mempunyai peluang memperoleh pinjaman kerana tidak mempunyai bukti pendapatan untuk memiliki rumah.

Kata beliau, pengenalan skim pinjaman itu adalah rentetan pengumuman Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada pembentangan Bajet 2008 bahawa kerajaan akan menyediakan satu dana jaminan sebanyak RM50 juta bagi membantu golongan tidak berpendapatan tetap memiliki rumah kos rendah dan sederhana.

‘‘Pada masa ini dua bank iaitu Bank Simpanan Nasional (BSN) dan Bank Islam Malaysia Berhad dilantik untuk menyediakan pinjaman itu.

‘‘Kedua-dua bank tersebut telah memberi jaminan bahawa keputusan permohonan boleh diketahui dalam tempoh dua minggu,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Skim Pinjaman Perumahan Berjamin di sini hari ini.

Terdahulu beliau menyaksikan perjanjian jaminan pembiayaan sebanyak RM50 juta di antara Syarikat Jaminan Kredit Perumahan (SJKP), BSN dan Bank Islam.

Pada majlis itu, SJKP diwakili oleh Fazlur Rahman Ebrahim, BSN oleh Pengurus Besarnya, Adinan Maning manakala Bank Islam oleh Pengarah Urusannya, Datuk Zukri Samat.

Nor Mohamed berkata, seramai 20,000 pemohon dijangka memanfaatkan skim pinjaman tersebut.

Ditanya mengenai mekanisme yang akan digunakan untuk memberikan pinjaman itu, beliau berkata, ia lebih menjurus kepada penggunaan kebijaksanaan dan sikap praktikal serta positif kepada setiap permohonan.

‘‘Sebagai contoh jika pemohon tersebut adalah peniaga kecil, pegawai bank akan pergi ke gerainya untuk melihat apa yang berlaku dan membuat pertimbangan sewajarnya.

‘‘Falsafah yang kita pegang adalah bukan untuk mencari alasan untuk mengatakan tidak sebaliknya sikap positif kepada persekitaran itu,” katanya.

Katanya, tidak menjadi masalah untuk pegawai daripada kedua-dua bank yang dilantik memeriksa secara terus latar belakang pemohon kerana mereka mempunyai kakitangan dan prasarana mencukupi di seluruh negara.

‘‘Cuma pemohon perlu menunjukkan bukti bahawa pinjaman itu untuk membeli rumah dan ia mesti rumah pertama,” katanya.

Nor Mohamed berkata, pihaknya menyasarkan jumlah pinjaman yang diluluskan sepanjang tahun ini akan mencecah RM1 bilion.

Katanya, kerajaan sedia untuk menambah nilai jaminan itu jika berjaya mencapai sasaran jumlah pinjaman tersebut.

Beliau menambah, skim pinjaman itu juga akan diperluaskan kepada institusi perbankan lain bergantung kepada kejayaan pelaksanaan di peringkat awal.

Sementara itu, BSN dan Bank Islam dalam kenyataan bersama meminta orang ramai yang ingin memohon pinjaman tersebut berbuat demikian di semua 375 cawangan BSN dan 90 cawangan Bank Islam di seluruh negara.

‘‘Memandangkan pinjaman yang disasarkan itu terdiri daripada golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah sebanyak RM1,500, pembiayaan ini memberikan kemudahan pembayaran balik yang fleksibel dan mana-mana yang terdahulu.

‘‘Dalam kes pinjaman bersama, umur maksimum adalah bergantung kepada pemohon yang lebih muda,” kata kenyataan itu.

Kadar pembiayaan adalah berdasarkan Kadar Pembiayaan Asas + 0 peratus, dengan amaun pembiayaan minimum sebanyak RM25,000 dan maksimum RM60,000 untuk projek perumahan yang telah selesai atau dalam pembinaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:03
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.