saya nak baca ..

JENAYAH


ARKIB : 16/01/2008

Tender CCTV dibuka hujung bulan ini

PETALING JAYA 15 Jan. – Tender pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) untuk 25 pihak berkuasa tempatan (PBT) akan dibuka penghujung bulan ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Ong Ka Ting berkata, ia akan dipasang di tempat-tempat awam yang berisiko tinggi berlakunya kejadian jenayah.

“Sebaik selesai, mereka yang memohon akan dinilai secara teknikal sebelum kontrak pemasangan CCTV diberikan,” katanya pada sidang akhbar selepas menghadiri taklimat Pembangunan Perumahan (Kawalan dan Pelesenan) (Pindaan), Akta dan Peraturan 2007, di sini hari ini.

Ka Ting berkata, pemasangan CCTV akan dilakukan secepat mungkin apabila pembekal kamera itu ditentukan.

“Bagi lokasi pemasangan CCTV pula, pihak kementerian akan berunding dengan polis,” jelasnya.

Katanya, ketika ini, terdapat 38 majlis perbandaran dan majlis bandar raya di seluruh negara.

Daripada jumlah itu, ujarnya, hanya 25 PBT yang memerlukan bantuan untuk memasang CCTV di kawasan masing-masing.

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi baru-baru ini mengarahkan pelaksanaan tiga langkah penting membanteras jenayah dan memantapkan PDRM termasuk mewajibkan pemasangan CCTV di kawasan awam dan premis yang dikenal pasti berisiko tinggi.

Justeru, peruntukan khas sebanyak RM75 juta disediakan kepada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi menyediakan CCTV di kawasan berkenaan.

Kongsi Konten di :

Waktu Solat Kuala Lumpur
 
Subuh 5:42
Zohor 1:04
Asar 4:26
Maghrib 7:00
Isyak 8:14



 

Dengar SuriaFM
Radio SuriaFM Menceriakan Duniamu
Riuh Rio Brazil 2014
Laman web mikro bola sepak Piala Dunia 2014
Tragedi Pesawat MH370
Utusan Live lapor kehilangan pesawat MH370
KE7B Greenland 2014
Laporan Ekspedisi KE7B Greenland Malaysia 2014


IKLAN@UTUSAN



IKLAN@UTUSAN
ePlayer Sukan


MENARIK
Ruang iklan percuma hartanah, produk
Promosikan perniagaan anda kepada dunia.
Jom langgan akhbar Utusan Malaysia
Dapatkan terus akhbar dengan cara mudah.
Aduan sukar dapat naskhah akhbar
Beritahu kami jika akhbar tiada di tempat anda.
Gambar kahwin Album Raja Sehari
Abadikan kenangan indah anda di dada akhbar.
Mari baca Utusan Melayu Mingguan
Kekalkan tradisi, pelajari tulisan jawi.
SMS News Alert Utusan Malaysia
Dapatkan berita terkini di telefon bimbit anda.